Madani News

Lawatan kerja 5 hari ke New Zealand kukuhkan hubungan dua hala – Zahid

KUNJUNGAN kerja lima hari Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan delegasi ke New Zealand dijangka dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

Beliau berkata, lawatan kerja ini merupakan kesinambungan usaha strategik Malaysia bersama New Zealand yang telah terjalin sejak 1957.

Tegasnya, ia juga mencerminkan komitmen bersama dalam meneruskan pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara.

“Hari ini bermula secara rasmi lawatan kerja saya selama lima hari ke New Zealand, dari 14 hingga 18 Julai 2025.

*Ketibaan saya di Auckland pagi ini disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, PYT Mazita Marzuki; Mr. Grahame Morton, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Asia dan Amerika, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) New Zealand; Ms. Joanna Kempkers,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, siri lawatan ini akan memperkukuh lagi hubungan diplomatik sedia ada, memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai sektor, dan mempromosi kepentingan nasional Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Insyallah, semoga misi ini membawa manfaat kepada rakyat dan negara. Teruskan mengikuti perkembangan lawatan kerja saya dari semasa ke semasa,” katanya.

Back to top button