Madani News

Anwar rasa aneh, hairan tuduhan Kerajaan MADANI tidak buat apa-apa

RASA aneh dan hairan apabila pihak tertentu masih mendendangkan Kerajaan Madani tidak berbuat apa-apa sepanjang mentadbir negara, itu luahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, sedangkan pelbagai usaha yang telah dilakukan Kerajaan MADANI sepanjang menerajui kerajaan.

“Tidak setuju tidak mengapa, nak kritik kerajaan pun boleh namun mereka juga perlu terima kenyataan bila ada perubahan yang kita lakukan.

“Setiap kali kita mengadakan mesyuarat jemaah menteri, saya sentiasa meminta setiap kementerian perbaiki dan menyegerakan apa yang perlu.

“Jadi, jangan nafikan apa yang kita lakukan perubahan dengan mendendangkan di setiap ceramah kerajaan tidak berbuat apa-apa. Jangan tahu marah sahaja.

“Memang apa yang kerajaan lakukan sekarang masih tidak mencukupi, namun kita sentiasa tambah baik,” katanya berucap di Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat di Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Back to top button