
Individu dakwa pakar forensik ulas kematian Zara diburu pihak berkuasa
PIHAK berkuasa sedang mengesan individu yang mendakwa sebagai pakai bedah forensik yang mengulas mengenai bedah siasat kematian Zara Qairina Mahathir secara langsung di media sosial.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan semakan dengan Kementerian Kesihatan (KKM), individu berkenaan bukanlah pakar bedah atau pegawai forensik di bawah kementerian itu.
โKenyataan palsu itu telah tersebar luas sehingga menimbulkan tanggapan seolah-olah benar.
โPerkara itu (bukan pakar forensik) telah disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan KKM selepas merujuk kepada Ketua Pasukan Patologi Forensik,โ katanya, pada Sabtu.
Fahmi berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPG), Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin; Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan; dan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur, Dr. Masitah Mohammad Yusof.
Menurut Fahmi, akaun media sosial individu itu kini berada dalam mod peribadi, namun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan identiti dan lokasi individu terbabit untuk tujuan pendakwaan.