๐๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐ƒ๐ข๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง

๐๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐ƒ๐ข๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง

Oleh: DDA

Kerajaan Perpaduan sebenarnya bermula dengan satu jawapan kepada keperluan mendesak: menghentikan drama politik dan memastikan jentera pentadbiran berfungsi semula. Dalam konteks ini, mereka berjaya. Kerajaan kembali stabil, pelabur tidak lagi tertanya-tanya siapa Perdana Menteri esok hari, dan institusi negara mendapat ruang untuk bernafas.

Namun, kestabilan di Putrajaya tidak menggambarkan realiti di padang. Keputusan di beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) menjadi petanda jelas bahawa jurang antara naratif kerajaan dan keresahan rakyat semakin melebar. Isu sara hidup yang menghimpit, tekanan ekonomi terhadap peniaga kecil, serta komunikasi dasar yang kucar-kacir membuatkan rakyat berasa ‘diremehkan’. Lebih memburukkan keadaan, reformasi yang dijanjikan kini dilihat pilih kasihโ€”hanya tajam kepada musuh politik, tetapi tumpul buat rakan sekutu.

Di peringkat dalaman pula, pimpinan gabungan nampaknya gagal membina satu joint identity yang kukuh. Kerajaan hari ini masih kelihatan seperti ‘perkahwinan paksa’ antara gabungan yang saling bersaing, bukannya satu pasukan yang didorong oleh agenda nasional yang jelas. Kebergantungan berlebihan Pakatan Harapan (PH) pada strategi menyalahkan pentadbiran terdahulu juga mula memakan diriโ€”rakyat mahu penyelesaian untuk hari ini, bukan sesi tuduh-menuduh perkara semalam.

Jika mahu mengelak daripada menjadi kerajaan satu penggal, beberapa pembetulan drastik perlu dilakukan segera:

Hentikan ‘Politik Dendam’: Fokus sepenuhnya kepada pemulihan ekonomi rakyat dan bukannya pergeseran politik yang tidak memberi makan kepada marhaen.

Wujudkan Code of Conduct yang Jelas: Tetapkan sempadan serangan sesama rakan dalam kerajaan. Tingkah laku berbalas kenyataan media secara terbuka hanya menyerlahkan kerapuhan gabungan.

Hormati Identiti Rakan Kongsi: UMNO mesti diberikan ruang untuk memperjuangkan agenda Melayu-Islam secara tulen tanpa terus dicurigai atau dijajakan sebagai alat politik semata-mata.

Kerjasama politik di peringkat atasan tidak membawa sebarang makna jika gagal diterjemahkan kepada kesatuan di peringkat akar umbi. Tanpa kejujuran, keadilan, dan keberanian untuk membuat course-correction dengan cepat, kerajaan ini mungkin akan kekal selesa di kerusi Parlimenโ€”tetapi semakin jauh ditinggalkan oleh pengundi di peti