{"id":1622,"date":"2025-06-05T03:27:43","date_gmt":"2025-06-05T03:27:43","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1622"},"modified":"2025-06-30T03:38:11","modified_gmt":"2025-06-30T03:38:11","slug":"payung-besar-tun-m-setelah-ribut-kini-menjual-tempat-berteduh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1622","title":{"rendered":"Payung Besar Tun M: Setelah Ribut, Kini Menjual Tempat Berteduh"},"content":{"rendered":"\n<p>Konon katanya, Tun M baru-baru ini menyarankan agar satu Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu ditubuhkan dan disatukan di bawah konsep \u2018payung besar\u2019. Satu cadangan yang pada zahirnya kelihatan mulia, luhur, dan berjiwa bangsa. Namun, maafkan kami jika ramai di kalangan rakyat \u2013 terutamanya yang masih waras dan berjiwa sejarah \u2013 mengangkat kening dan tersenyum sinis.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah habis rumah Melayu diruntuhkannya pada 2018 \u2013 lantai reput dibuka, dinding dibakar, atap dilucutkan \u2013 kini beliau datang dengan sebilah payung usang, mengajak semua berteduh di bawahnya. Hebat sungguh daya lakon dan skrip politik ini. Barangkali, Tun M kini lebih layak dinobatkan sebagai &#8220;Seniman Politik Melayu&#8221;, mengalahkan P. Ramlee dalam bab dialog penuh sindiran dan ulangan babak lama.<\/p>\n\n\n\n<p>\ud835\udc00\ud835\udc27\ud835\udc2d\ud835\udc1a\ud835\udc2b\ud835\udc1a &#8220;\ud835\udc0f\ud835\udc1a\ud835\udc32\ud835\udc2e\ud835\udc27\ud835\udc20 \ud835\udc01\ud835\udc1e\ud835\udc2c\ud835\udc1a\ud835\udc2b&#8221; \ud835\udc1d\ud835\udc1a\ud835\udc27 &#8220;\ud835\udc0a\ud835\udc1e\ud835\udc29\ud835\udc1a\ud835\udc25\ud835\udc1a \ud835\udc00\ud835\udc22\ud835\udc2b&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak lupa, pada tahun 2018, demi memuaskan dendam politik dan obsesi terhadap kuasa, Tun M bersungguh-sungguh memecahkan tembok kesepakatan orang Melayu dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Dalam masa singkat, beliau berjaya menyelinap masuk ke dalam Pakatan Harapan \u2014 yang dulu ditentangnya dengan bersungguh \u2014 hanya untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Melayu-Islam yang terbina atas kestabilan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini, setelah segala \u2018kepala air\u2019 itu meranapkan sawah rakyat, beliau tampil seolah-olah jurucakap perpaduan Melayu yang baru bangun dari tidur panjang. Payung besar? Payung untuk siapa? Untuk berteduh atau untuk melindungi ego yang basah dek kegagalan lalu?<\/p>\n\n\n\n<p>\ud835\udc01\ud835\udc1a\ud835\udc27\ud835\udc20\ud835\udc24\ud835\udc22\ud835\udc2d\ud835\udc27\ud835\udc32\ud835\udc1a &#8220;\ud835\udc0d\ud835\udc1e\ud835\udc20\ud835\udc1a\ud835\udc2b\ud835\udc1a\ud835\udc30\ud835\udc1a\ud835\udc27 \ud835\udc01\ud835\udc1e\ud835\udc2b\ud835\udc26\ud835\udc2e\ud835\udc2c\ud835\udc22\ud835\udc26&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Tun M seolah-olah menghidupkan semula watak lamanya \u2013 kali ini bukan sebagai Perdana Menteri, tetapi sebagai &#8220;Negarawan Bermusim&#8221;. Setiap kali hujan persepsi melanda, atau bila gendang PRU mula dipalu, beliau muncul semula membawa wacana bangsa, survival Melayu, ketuanan dan penyatuan. Seolah-olah, seluruh masa depan bangsa ini terletak dalam poket baju Melayu beliau yang sudah lusuh ditelan musim politik.<\/p>\n\n\n\n<p>\ud835\udc00\ud835\udc21\ud835\udc25\ud835\udc22 \ud835\udc14\ud835\udc0c\ud835\udc0d\ud835\udc0e: \ud835\udc03\ud835\udc2e\ud835\udc25\ud835\udc2e \ud835\udc09\ud835\udc22\ud835\udc23\ud835\udc22\ud835\udc24, \ud835\udc0a\ud835\udc22\ud835\udc27\ud835\udc22 \ud835\udc09\ud835\udc1e\ud835\udc26\ud835\udc29\ud835\udc2e\ud835\udc2d \ud835\udc03\ud835\udc2e\ud835\udc1d\ud835\udc2e\ud835\udc24<\/p>\n\n\n\n<p>Ingat lagi ketika Tun M keluar dari UMNO buat kali ke entah berapa? UMNO digelar korup, busuk, tidak bermoral \u2013 pendek kata, layak dibakul sampahkan. Kini, selepas berbelas tahun menabur racun persepsi dan memecahkan kesetiaan, beliau datang semula mengetuk pintu \u2013 kali ini bukan dengan marah, tapi dengan senyum dan cadangan mesra: \u201cMarilah bersatu di bawah payung saya.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Seperti si pemilik rumah yang dihalau, ditohmah, disaman dan dikunci pintu \u2013 kini dipanggil semula masuk dengan pelawaan: \u201cEh, rumah ni milik kita bersama sebenarnya\u2026\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\ud835\udc03\ud835\udc1a\ud835\udc2b\ud835\udc22 \ud835\udc16\ud835\udc22\ud835\udc2b\ud835\udc1a \ud835\udc11\ud835\udc1e\ud835\udc1f\ud835\udc28\ud835\udc2b\ud835\udc26\ud835\udc1a\ud835\udc2c\ud835\udc22 \ud835\udc24\ud835\udc1e\ud835\udc29\ud835\udc1a\ud835\udc1d\ud835\udc1a \ud835\udc0f\ud835\udc1e\ud835\udc27\ud835\udc1c\ud835\udc22\ud835\udc27\ud835\udc2d\ud835\udc1a \ud835\udc14\ud835\udc0c\ud835\udc0d\ud835\udc0e<\/p>\n\n\n\n<p>Tun M pernah bergandingan mesra dengan musuh politik paling setia UMNO \u2013 dari DAP hingga ke PKR \u2013 demi menjatuhkan UMNO. Semangat reformasi yang dulu ditertawakan, dijadikan tangga naik semula ke Putrajaya. Tetapi kini, beliau mengaku bahawa hanya UMNO yang masih ada akar yang kuat. Hanya ahli UMNO yang mampu jadi sandaran untuk menyelamatkan bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\ud835\ude3f\ud835\ude56\ud835\ude5d \ud835\ude60\ud835\ude5a\ud835\ude63\ud835\ude56\ud835\ude65\ud835\ude56? \ud835\ude46\ud835\ude5a\ud835\ude68\ud835\ude5a\ud835\ude59\ud835\ude56\ud835\ude67\ud835\ude56\ud835\ude63 \ud835\ude61\ud835\ude5a\ud835\ude6c\ud835\ude56\ud835\ude69 \ud835\ude56\ud835\ude69\ud835\ude56\ud835\ude6a \ud835\ude58\ud835\ude6a\ud835\ude57\ud835\ude56\ud835\ude56\ud835\ude63 \ud835\ude62\ud835\ude5a\ud835\ude61\ud835\ude5a\ud835\ude63\ud835\ude69\ud835\ude6a\ud835\ude67 \ud835\ude68\ud835\ude5a\ud835\ude62\ud835\ude6a\ud835\ude61\ud835\ude56 \ud835\ude60\ud835\ude56\ud835\ude6e\ud835\ude6a \ud835\ude67\ud835\ude5a\ud835\ude65\ud835\ude6a\ud835\ude69 \ud835\ude6e\ud835\ude56\ud835\ude63\ud835\ude5c \ud835\ude65\ud835\ude5a\ud835\ude67\ud835\ude63\ud835\ude56\ud835\ude5d \ud835\ude59\ud835\ude5e\ud835\ude57\ud835\ude6a\ud835\ude56\ud835\ude63\ud835\ude5c\ud835\ude63\ud835\ude6e\ud835\ude56 \ud835\ude60\ud835\ude5a \ud835\ude59\ud835\ude56\ud835\ude61\ud835\ude56\ud835\ude62 \ud835\ude56\ud835\ude65\ud835\ude5e?<\/p>\n\n\n\n<p>Namun rakyat \u2013 terutama generasi baharu \u2013 sudah mula bijak menilai. Retorik kosong dan kitar semula ini bukan lagi menimbulkan kagum, tetapi mencetus geli hati. Kalau dulu beliau menganggap UMNO sebagai parti korup dan lapuk, kini lidah yang sama menyeru penyatuan. Bukankah ini umpama si tukang tebang pokok kini menawarkan naungan dari daun yang masih tinggal?<\/p>\n\n\n\n<p>\ud835\udc0f\ud835\udc1e\ud835\udc27\ud835\udc32\ud835\udc1a\ud835\udc2d\ud835\udc2e\ud835\udc1a\ud835\udc27 \ud835\udc12\ud835\udc1e\ud835\udc25\ud835\udc1e\ud835\udc29\ud835\udc1a\ud835\udc2c \ud835\udc0f\ud835\udc1e\ud835\udc2b\ud835\udc29\ud835\udc1e\ud835\udc1c\ud835\udc1a\ud835\udc21\ud835\udc1a\ud835\udc27?<\/p>\n\n\n\n<p>Ironinya, tangan yang mencetuskan perpecahan kini ingin memandu penyatuan. Kalau benar ikhlas, mengapa tidak dahulu dijaga dan disuburkan semangat perpaduan itu semasa berkuasa? Mengapa dahulu disokong golongan liberal anti-perlembagaan, yang kini menjadi batu api perpecahan Melayu-Islam?<\/p>\n\n\n\n<p>Jika benar mahu lihat orang Melayu bersatu, sepatutnya beliau menyokong mana-mana usaha murni sedia ada \u2013 bukan menubuhkan lagi satu entiti baru yang hanya akan menambah rencam dalam lauk penyatuan yang sudah pun tawar.<\/p>\n\n\n\n<p>\ud835\udc0f\ud835\udc1a\ud835\udc32\ud835\udc2e\ud835\udc27\ud835\udc20 \ud835\udc00\ud835\udc2d\ud835\udc1a\ud835\udc2e \ud835\udc0f\ud835\udc1e\ud835\udc2b\ud835\udc1a\ud835\udc27\ud835\udc20\ud835\udc24\ud835\udc1a\ud835\udc29?<\/p>\n\n\n\n<p>Cadangan \u201cpayung besar\u201d ini barangkali bukan untuk melindungi bangsa Melayu, tetapi untuk memayungi legasi seorang tokoh yang tidak mahu dilupakan, meski rakyat sudah lama menoleh ke arah lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi orang Melayu hari ini, kita tidak perlukan lagi payung dari orang yang membawa ribut. Kita perlukan pembina rumah sebenar \u2013 bukan yang hanya datang membawa pelan asal selepas rumah terbakar. Melayu perlu bergerak ke hadapan, bukan kembali berputar dalam bayang-bayang seorang negarawan yang tidak mahu bersara.<\/p>\n\n\n\n<p>\ud835\uddd7\ud835\uddee\ud835\ude01\ud835\ude02\ud835\uddf8 \ud835\uddd7\ud835\uddff. \ud835\uddd4\ud835\uddf9\ud835\uddf2\ud835\ude05\ud835\uddee\ud835\uddfb\ud835\uddf1\ud835\uddf2\ud835\uddff \ud835\udde1\ud835\uddfc\ud835\uddfc\ud835\uddff<br>\ud835\uddde\ud835\ude02\ud835\uddee\ud835\uddf9\ud835\uddee \ud835\udddf\ud835\ude02\ud835\uddfa\ud835\uddfd\ud835\ude02\ud835\uddff<br>\ud835\udff1 \ud835\udddd\ud835\ude02\ud835\uddfb \ud835\udfee\ud835\udfec\ud835\udfee\ud835\udff1<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Konon katanya, Tun M baru-baru ini menyarankan agar satu Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu ditubuhkan dan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1623,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-1622","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1622","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1622"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1622\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1624,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1622\/revisions\/1624"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1623"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1622"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1622"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1622"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}