{"id":1697,"date":"2025-07-02T09:11:51","date_gmt":"2025-07-02T09:11:51","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1697"},"modified":"2025-07-02T09:11:52","modified_gmt":"2025-07-02T09:11:52","slug":"china-russia-setuju-sertai-perjanjian-seanwfz-tok-mat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1697","title":{"rendered":"China, Russia setuju sertai Perjanjian SEANWFZ &#8211; Tok Mat"},"content":{"rendered":"\n<p>CHINA dan Russia bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), kata Datuk Seri Mohamad Hasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun Menteri Luar itu berkata, Amerika Syarikat kini sedang meneliti kemungkinan untuk turut memeterai perjanjian berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, penglibatan kuasa besar dalam perjanjian tersebut akan membantu memastikan Asia Tenggara kekal sebagai sebuah rantau yang aman dan bebas daripada ancaman senjata nuklear.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita telah bangunkan supaya Asia Tenggara menjadi sebuah rantau yang aman, dan minggu depan menteri-menteri luar negara terlibat akan bermesyuarat,&#8221; katanya semasa majlis ramah mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakyat Malaysia di Itali, yang berlangsung di Rom, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis tersebut diadakan sempena lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri ke Itali, dan rakamannya dikongsi kepada BERNAMA, hari ini<\/p>\n\n\n\n<p>Perjanjian SEANWFZ, atau dikenali sebagai Perjanjian Bangkok, telah ditandatangani pada Disember 1995 oleh kesemua 10 negara anggota ASEAN dan mula berkuat kuasa pada Mac 1997.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi protokol perjanjian itu, negara-negara kuasa nuklear (Nuclear Weapon States \u2013 NWS) dikehendaki menghormati SEANWFZ dengan tidak melakukan sebarang tindakan yang melanggarnya, tidak menggunakan atau mengancam untuk menggunakan senjata nuklear terhadap mana-mana pihak, serta tidak membawa ancaman nuklear ke dalam zon yang ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-58 dan Mesyuarat Berkaitan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 hingga 11 Julai ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia kini memegang Kepengerusian ASEAN 2025 dengan tema \u201cKeterangkuman dan Kemampanan\u201d, yang menggambarkan komitmen negara dalam membina ASEAN yang bersatu, aman dan makmur. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN selepas tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>CHINA dan Russia bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), kata&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":1698,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-1697","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1697","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1697"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1697\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1699,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1697\/revisions\/1699"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1698"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1697"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1697"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1697"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}