{"id":1710,"date":"2025-07-03T02:05:48","date_gmt":"2025-07-03T02:05:48","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1710"},"modified":"2025-07-03T02:05:52","modified_gmt":"2025-07-03T02:05:52","slug":"malaysia-bincang-perluas-kerjasama-pelbagai-bidang-dengan-itali","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1710","title":{"rendered":"Malaysia bincang perluas kerjasama pelbagai bidang dengan Itali"},"content":{"rendered":"\n<p>DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Itali Antonio Tajani membincangkan usaha memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk hubungan Malaysia serta ASEAN dengan Kesatuan Eropah (EU).<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri berkata, Malaysia turut bertukar pandangan dengan Antonio yang juga Menteri Luar Itali mengenai isu-isu serantau dan global seperti konflik di Gaza, situasi di Ukraine dan perkembangan di Asia Barat khususnya melibatkan Iran dan Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Republik Itali, @Antonio_Tajani, di Rom hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPertemuan ini mencerminkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Itali yang telah lama terjalin, berlandaskan prinsip saling menghormati antara satu sama lain,\u201d katanya dalam satu kenyataan di laman X, di Rom, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata, Malaysia menghargai hubungan erat dengan Itali sebagai rakan penting dalam usaha memperkukuh kerjasama rentas benua demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Anwar turut mengetuai delegasi Malaysia dalam sesi libat urus secara langsung bersama peneraju industri dan perniagaan utama Republik Itali, meliputi sektor strategik seperti pertahanan dan tenaga.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, pihaknya turut bertemu Fincantieri dan Leonardo, dua syarikat gergasi pertahanan yang menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 tempoh hari bagi memperkukuh prospek kerjasama jangka panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tekankan pentingnya pendekatan antara kerajaan (G2G) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di rantau Asia Tenggara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya turut mengadakan pertemuan bersama syarikat tenaga Itali, ENI, untuk membincangkan kerjasama bersama PETRONAS di Malaysia serta meneroka peluang pelaburan baharu yang boleh dimanfaatkan secara bersama,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Itali Antonio Tajani membincangkan usaha memperluas kerjasama&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":1711,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-1710","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1710","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1710"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1710\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1712,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1710\/revisions\/1712"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1711"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1710"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1710"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1710"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}