{"id":1781,"date":"2025-07-09T02:11:19","date_gmt":"2025-07-09T02:11:19","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1781"},"modified":"2025-07-09T02:11:22","modified_gmt":"2025-07-09T02:11:22","slug":"tarif-import-as-malaysia-kena-bertindak-pantas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1781","title":{"rendered":"Tarif import AS: Malaysia kena bertindak pantas"},"content":{"rendered":"\n<p>MALAYSIA harus bertindak tangkas dan menyesuaikan keadaan, susulan tarif import 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia, kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, masih terdapat beberapa negara lain yang berdepan dengan tarif import jauh lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBukan Malaysia sahaja yang berdepan tarif tambahan daripada AS. Apa yang saya ingin tekankan, daripada jumlah keseluruhan eksport sebanyak RM186 bilion, hanya sekitar RM20 bilion sahaja yang dieksport ke AS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam dunia ini terdapat kira-kira 190 negara, jadi tidak mungkin disebabkan tindakan tarif AS, kita semua tidak boleh berniaga dan menjalankan ekonomi. Justeru, kita perlu menyesuaikan keadaan dan bertindak dengan pantas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi taklimat dan dialog industri sawit di ibu negara, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, mengulas mengenai kadar tarif 32 peratus yang dikenakan AS terhadap Indonesia, Johari berpendapat ia tidak memberi kelebihan yang ketara kepada pengeksport minyak sawit Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana kos pengeluaran komoditi itu di Indonesia, jauh lebih rendah berbanding Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun mereka dikenakan tarif 32 peratus, produk mereka jauh lebih murah dan tidak sama seperti Malaysia yang mempunyai pekerja asing. Berbeza dengan Indonesia yang menggunakan tenaga kerja tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia menumpukan kepada standard dan soal pekerja asing juga melibatkan kos levi yang perlu dibayar. Namun, kedua-dua negara mempunyai kelebihan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIndonesia mempunyai populasi sekitar 300 juta, manakala Malaysia hanya 34 juta. Daripada jumlah itu, kita menggunakan kira-kira 4 juta pekerja dan menghasilkan 19 juta metrik tan pengeluaran sawit.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaka, 15 juta metrik tan perlu dijual dan dieksport. Kalau tidak, siapa yang akan membeli? Oleh itu, kita juga memastikan kualiti pengeluaran sawit mencapai standard tertentu dan itu sedang kita usahakan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MALAYSIA harus bertindak tangkas dan menyesuaikan keadaan, susulan tarif import 25 peratus oleh Amerika Syarikat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":1782,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-1781","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1781","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1781"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1781\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1783,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1781\/revisions\/1783"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1782"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1781"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1781"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1781"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}