{"id":1805,"date":"2025-07-10T09:40:28","date_gmt":"2025-07-10T01:40:28","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1805"},"modified":"2025-07-10T09:40:30","modified_gmt":"2025-07-10T01:40:30","slug":"prn-peluang-rakyat-sabah-tentukan-mandat-baharu-salleh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1805","title":{"rendered":"PRN: Peluang rakyat Sabah tentukan mandat baharu &#8211; Salleh"},"content":{"rendered":"\n<p>PEMBUBARAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang akan berlaku tidak lama lagi bukanlah satu perkara mengejutkan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada proses demokrasi yang biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, penggal semasa hampir ke penghujung dan berdasarkan peruntukan undang-undang, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah mesti diadakan dalam tahun ini bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memperbaharui mandat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam sistem demokrasi, pembubaran DUN menandakan tamatnya satu penggal dan kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap wakil rakyat dan parti yang telah dipilih,\u201d katanya yang juga Ahli Dewan Negeri Usukan di Facebook.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang merupakan Bendahari UMNO berkata, ketika suhu politik semakin meningkat, aktiviti politik turut semakin rancak dengan pelbagai program dan kenyataan daripada parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun realitinya, ramai rakyat telah pun membuat keputusan. Mereka tahu siapa yang sentiasa turun padang dan memahami denyut nadi kehidupan seharian, berbanding mereka yang hanya muncul ketika hampir pilihan raya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Salleh menegaskan, dalam politik berasaskan parti, kesetiaan bukan sesuatu yang boleh digugat dengan mudah, terutama bagi parti yang telah lama bertapak dan berkhidmat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeperti seseorang yang sudah biasa minum Coke, bukan mudah baginya untuk menerima Pepsi. Dalam politik juga begitu, kesetiaan bukan sekadar soal jenama, tetapi soal kepercayaan yang telah dibina sejak sekian lama,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Salleh menambah, tumpuan utama kini adalah kepada pengundi muda dan pengundi atas pagar yang tidak terikat dengan mana-mana parti tetapi peka terhadap isu, prestasi dan perkembangan semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, parti-parti politik mesti tampil dengan mesej yang jelas dan tawaran yang meyakinkan. Mereka perlu menangani isu kehidupan sebenar dan bukan sekadar bersandar kepada slogan atau pengumuman sementara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, Salleh mengingatkan bahawa masa depan Sabah tidak boleh dipertaruhkan dengan retorik semata-mata, sebaliknya memerlukan kepimpinan yang stabil, dasar yang mantap serta komitmen yang ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPilihan raya akan datang ini adalah saat penting untuk semua pihak, baik parti mahupun rakyat dalam membuat penilaian yang matang dan memperbaharui tekad untuk membina sebuah Sabah yang lebih stabil, adil dan makmur,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PEMBUBARAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang akan berlaku tidak lama lagi bukanlah satu perkara&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":1806,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-1805","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1805","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1805"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1805\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1807,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1805\/revisions\/1807"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1806"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1805"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1805"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1805"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}