{"id":1823,"date":"2025-07-12T17:34:23","date_gmt":"2025-07-12T09:34:23","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1823"},"modified":"2025-07-12T17:34:30","modified_gmt":"2025-07-12T09:34:30","slug":"peruntukan-rm200-juta-serta-merta-tangani-hakisan-pantai-di-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1823","title":{"rendered":"Peruntukan RM200 juta serta merta tangani hakisan pantai di Terengganu"},"content":{"rendered":"\n<p>KERAJAAN&nbsp;Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi mempercepat pelaksanaan kerja-kerja menangani masalah hakisan pantai di&nbsp;Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim&nbsp;berkata,&nbsp;kelulusan tersebut diberikan secara serta-merta selepas isu berkenaan dibangkitkan oleh Menteri Besar Terengganu&nbsp;Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pertemuan bersama beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, ucapan tahniah harus diberikan kepada jabatan yang terlibat, khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah mengambil tindakan pantas dalam usaha menyelamatkan kawasan pantai yang terjejas akibat hakisan.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar turut menegaskan, Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam menyokong pembangunan negeri, termasuk Terengganu&nbsp;dan menolak tohmahan yang mendakwa sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menjelaskan kerana kadang-kadang apa yang kita lakukan ini berbeza dengan apa yang disinggung di luar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi&#8230;perbezaan (pendapat) itu dibolehkan, tetapi fitnah dan sikap yang negatif itu tidak dibenarkan, kerana ia bercanggah dengan apa yang berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jangan terpengaruh dengan dakwaan kerajaan Persekutuan tidak bantu Terengganu dalam aspek pembangunan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu, di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir, di Kuala Terengganu, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Peruntukan segera yang diluluskan itu dijangka dapat mempercepat pelaksanaan projek-projek mitigasi hakisan pantai yang telah dikenal pasti, sekali gus memberikan perlindungan kepada kawasan pesisir serta memelihara kesejahteraan rakyat setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir, Ahmad Samsuri; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Pengerusi TNB Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid; Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN&nbsp;Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi mempercepat pelaksanaan kerja-kerja menangani masalah hakisan pantai&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":1824,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-1823","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1823","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1823"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1823\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1825,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1823\/revisions\/1825"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1824"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1823"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1823"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1823"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}