{"id":1861,"date":"2025-07-16T12:09:10","date_gmt":"2025-07-16T04:09:10","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1861"},"modified":"2025-07-16T12:09:13","modified_gmt":"2025-07-16T04:09:13","slug":"kerajaan-tidak-akan-kacau-majlis-media-malaysia-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1861","title":{"rendered":"Kerajaan tidak akan \u2018kacau\u2019 Majlis Media Malaysia &#8211; Fahmi"},"content":{"rendered":"\n<p>KERAJAAN tidak akan mencampuri urusan dalaman Majlis Media Malaysia (MMM) meskipun mempunyai hubungan erat dengan badan kawal selia kendiri tersebut, kata Datuk Fahmi Fadzil.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, Menteri Komunikasi itu berkata, kerajaan&nbsp;hanya berperanan membantu dari sudut perundangan dan pendanaan bagi memastikan kelancaran operasinya pada peringkat awal penubuhan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegasnya,&nbsp;komitmen kerajaan adalah untuk menyokong dan memperkukuh institusi media bebas, bukannya mengawal atau memberi arahan kepada pihak media mahupun kepada MMM.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya harap dengan terbentuknya MMM, isu dihadapi rakan-rakan dalam industri media di negara kita dapat diuruskan secara lebih terangkum, mampan dan bebas<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Yang paling penting, ia membolehkan pelbagai pihak memainkan peranan membantu memastikan media bukan sahaja terus bebas dan berdikari, tetapi juga beretika dan bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;MMM akan beroperasi secara bebas daripada kawalan Kementerian Komunikasi dan diberi ruang sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab mengikut fungsi yang telah digariskan.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami (kerajaan) hanya membolehkan Majlis Media diwujudkan dan bergerak. Kami tak ada niat mahu mengawal atau mengarahkan. Kami mahu anda bebas berbincang dan membuat pengaturan.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Di pihak kerajaan, kita akan membantu memudah cara proses ke arah Mesyuarat Agung Tahunan pertama MMM, termasuk dari aspek kewangan,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Fahmi&nbsp;mengumumkan senarai penuh 12 anggota Lembaga Pengasas MMM yang dilantik mengikut tiga kategori utama, iaitu wakil syarikat dan organisasi media; wakil persatuan dan pengamal media bebas; serta wakil bukan media.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemilihan mereka dibuat berdasarkan kepakaran, pengalaman dan sumbangan masing-masing dalam bidang kewartawanan, komunikasi serta pembangunan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang dilantik ialah Wong Yang Yong, Pengarah Urusan The Borneo Post &amp; Utusan Borneo; Datuk Sardathisa G.M. James, Ketua Pengarang Daily Express Sabah; Premesh Chandran Jeyachandran, Pengarah Malaysiakini; Ashwad Ismail, Ketua Pengarang ASTRO Awani; Teh Athira Mohamed Yusof, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ); dan Ronnie Teo Teck Wei, Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut menganggotai lembaga pengasas ialah Mohd Radzi Abdul Razak, Pengarah Gerakan Media Merdeka (Geramm); Muthameez Manan Sendinathan, Presiden Persatuan Media Tamil; Mohd Azmyl Md Yusof, Pensyarah Kanan Universiti Sunway; Prof Madya Gayathry S. Venkiteswaran, Penolong Profesor Universiti Nottingham Malaysia; Celine Lim Kooi Hua, Pengarah Urusan SAVE Rivers; dan Terence Ooi Guan Tseng, Pengarah Wiki Impact.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi berkata, kerajaan berharap lembaga pengasas yang dilantik dapat memacu pembentukan MMM ke arah menjadi sebuah entiti yang mampan, berdikari dan mampu mengemudi industri media yang semakin kompleks dan berhadapan pelbagai cabaran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN tidak akan mencampuri urusan dalaman Majlis Media Malaysia (MMM) meskipun mempunyai hubungan erat dengan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":1862,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-1861","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1861","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1861"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1861\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1863,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1861\/revisions\/1863"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1862"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1861"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1861"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1861"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}