{"id":1912,"date":"2025-07-21T10:48:50","date_gmt":"2025-07-21T02:48:50","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1912"},"modified":"2025-07-21T10:48:56","modified_gmt":"2025-07-21T02:48:56","slug":"saya-tunggu-usul-undi-tidak-percaya-di-parlimen-hari-ini-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=1912","title":{"rendered":"Saya tunggu usul undi tidak percaya di Parlimen hari ini &#8211; Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p>PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan amaran tegas bahawa sebarang cubaan mencabar prinsip Perlembagaan Persekutuan termasuk usaha menjatuhkan kerajaan melalui kaedah yang tidak sah adalah bertentangan dengan undang-undang dan tidak akan dikompromi.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegasnya, meskipun kerajaan bersikap terbuka terhadap kritikan, namun beliau tidak akan berdiam diri sekiranya kestabilan negara digugat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda yang kata hendak suruh saya turun. Saya dengar kononnya ada ribuan peserta perhimpunan. Polis beri laporan, saya kata teruskan. Bukan maksud hendak halang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Julai Tahun 2025, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar dalam pada itu turut membidas kenyataan provokatif yang mendakwa kerajaan akan dipaksa untuk bertukar tanpa melalui pilihan raya umum.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila mereka sebut mahu paksa kerajaan bertukar, tidak mahu tunggu pilihan raya, itu sudah aneh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya kata tidak mengapa. Saya beritahu Speaker, kalau ada usul undi tidak percaya pada hari pertama sidang Dewan Rakyat, saya tunggu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata, sekiranya pihak pembangkang benar-benar mempunyai sokongan majoriti, mereka boleh mengemukakan usul undi tidak percaya seperti yang termaktub dalam sistem demokrasi berparlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi mereka tahu mereka tidak mampu. InsyaAllah, kita akan terus bertahan dengan sokongan kuat, dua pertiga majoriti. Kita tunggu pilihan raya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi mereka tidak mahu. Mereka mahu turunkan kerajaan sekarang. Ini sudah langgar prinsip Perlembagaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar turut menyifatkan naratif huru-hara yang cuba dibawa pihak tertentu sebagai usaha mencetuskan ketidakstabilan politik dan ketakutan dalam kalangan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya ingatkan, sementara kerajaan bertolak ansur, kita akan bertegas apabila prinsip Perlembagaan dicabar. Saya harap keadaan kita aman. Nak dengki sebab apa, apa yang jadi?\u201d soalnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, wujud segelintir pihak yang menyebarkan gambaran kononnya negara sudah tidak selamat dan rakyat hidup dalam keadaan terdesak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu mantera yang diberikan termasuk di stadium di Kedah baru-baru ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata, jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau sebagai Perdana Menteri, mereka berhak untuk menyuarakan kritikan dan menggesa perubahan secara demokratik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKritik saya tidak ada masalah. Perdana Menteri ini tidak pandai urus negara dan patut diperbaiki, saya tak ada masalah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHarus rancang supaya ada orang lain lebih baik ganti, saya tak ada masalah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi kalau dimulakan begini, mencetuskan huru-hara, tidak ada negara yang akan selamat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, beliau mengingatkan bahawa sebarang tindakan untuk mencetuskan huru-hara akan memberi kesan buruk kepada kestabilan negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dilaporkan berkata, usul undi tidak percaya kepada Anwar sama ada dikemukakan di Dewan Rakyat atau sebaliknya akan diketahui pada hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Polis menjangkakan penyertaan perhimpunan tersebut sehingga 15,000 orang dengan 2,000 pegawai dan anggota PDRM akan ditugaskan bagi membantu melancarkan perhimpunan berkenaan selain menjaga keselamatan peserta serta orang awam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan amaran tegas bahawa sebarang cubaan mencabar prinsip Perlembagaan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":1485,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-1912","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1912","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1912"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1912\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1913,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1912\/revisions\/1913"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1485"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1912"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1912"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1912"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}