{"id":2001,"date":"2025-07-28T10:12:20","date_gmt":"2025-07-28T02:12:20","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2001"},"modified":"2025-07-28T10:12:25","modified_gmt":"2025-07-28T02:12:25","slug":"dah-3-tahun-anwar-tunggu-usul-undi-tidak-percaya-dari-pembangkang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2001","title":{"rendered":"Dah 3 tahun Anwar tunggu usul undi tidak percaya dari pembangkang"},"content":{"rendered":"\n<p>DATUK Seri Anwar Ibrahim sedia berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya oleh pihak pembangkang seperti dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri berkata, perkara itu sudah tiga tahun disebut-sebut untuk dibawa ke Parlimen.<br>\u201cAda cadangan (oleh) Datuk Seri Hamzah Zainudin nak bawa undi tidak percaya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSilakan, kita terbuka. Ini proses yang betul, dia (mahu) bawa, sila bawa. Dia kata nak bawa dah tiga tahun,\u201d katanya seperti dilapor Berita Harian.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan amanat pada program Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Media melaporkan, Perikatan Nasional (PN) \u2018memberi bayangan\u2019 akan menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.<br>Hamzah dilaporkan berkata, usul itu akan dipertimbang untuk dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam masa terdekat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTak apa, tunggulah. Kita akan lakukan nanti. Takkan kita nak sebut (bila akan hantar usul berkenaan,\u201d katanya ditemui pada Himpunan Pembangkang di Dataran Merdeka, kelamrin.<\/p>\n\n\n\n<p>Hamzah berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri pada Isnin lalu \u2013 tidak gentar bahkan bersedia berdepan jika pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya \u2013 di Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, kenyataan berlainan dinyatakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menjelaskan setakat ini pihaknya tidak bercadang berbuat demikian.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri pada 22 Julai lalu, mencabar pihak pembangkang membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat yang bersidang awal minggu ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga bersedia menerima apa jua keputusan sekiranya pembangkang memiliki sokongan mencukupi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan diterajuinya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DATUK Seri Anwar Ibrahim sedia berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya oleh pihak pembangkang seperti&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2002,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2001","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2001","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2001"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2001\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2003,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2001\/revisions\/2003"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2002"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2001"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2001"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2001"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}