{"id":2033,"date":"2025-07-29T14:37:48","date_gmt":"2025-07-29T06:37:48","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2033"},"modified":"2025-07-29T14:37:55","modified_gmt":"2025-07-29T06:37:55","slug":"doa-hancur-sesama-muslim-samakan-manusia-dengan-binatang-bukan-ajaran-islam-akmal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2033","title":{"rendered":"Doa hancur sesama Muslim, samakan manusia dengan binatang bukan ajaran Islam \u2013 Akmal"},"content":{"rendered":"\n<p>KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mengingatkan pemimpin politik di negara ini supaya meraikan perbezaan pendapat dengan fakta bukan dengan emosi yang tidak matang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam semata-mata kerana perbezaan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Berbeza pendapat dalam politik itu perkara biasa,marah kepada lawan politik itu perkara biasa. Tetapi Islam tidak ajar untuk mendoakan kehancuran sesama islam dan islam tidak mengajar kita untuk menghina orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda yang membaca doa Qunut Nazilah untuk kehancuran beliau (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) walaupun sesama agama,\u201d katanya di Facebook, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya lagi, ada juga yang tergamak menyamakan Anwar dengan haiwan dan pemimpin asing lain, sedangkan tindakan yang diambil adalah demi menyelamatkan ribuan nyawa rakyat di tengah-tengah konflik dua negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda yang menyamakan beliau (Anwar) dengan monyet dan pemimpin negara asing lain seperti binatang sedangkan perbincangan itu adalah untuk menyelamatkan ribuan nyawa rakyat akibat peperangan antara dua negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Dr Akmal berkat, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menghina orang lain apatah lagi sesama muslim sebaliknya mendidik untuk menyampaikan teguran secara berhemah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika ada yang beritahu, dulu geng sebelah sini buat perkara yang sama juga, maka jawapan saya, jika orang sebelum ini makan najis, adakah kita juga mahu buat perkara yang sama?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSudah tentu tidak bukan, sebab kita tahu itu perkara yang kotor,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu Dr Akmal berkata, beliau bukan berniat untu membodek sebaliknya lahir daripada hati yang ikhlas kerana menyedari kepentingan menjaga imej Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak berniat langsung untuk menjadi penjilat apatah lagi Walanon malah ada juga perkara yang saya tidak bersetuju dengan beliau, tetapi perkara yang tidak betul harus kita tegur dan perkara yang betul harus kita berikan pujian,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan sama,Dr Akmal turut mengingatkan ahli politik agar berhenti mengamalkan politik sempit yang merendahkan akal fikiran sebaliknya membawa politik matang yang membina.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau kita tidak mampu buat kebaikan, jangan halang orang lain untuk buat kebaikan. Jika orang politik masih lagi dengan gaya politik yang sempit, jangan marah rakyat jika mereka benci kepada orang politik!<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya bukan walanon atau pun walaun dan tidak berminat nak jadi seperti itu, saya hanya menyatakan apa yang ada di dalam hati kerana jangan kita menjadi fitnah kepada Islam,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memuatnaik hantaran berbaur ejekan berserta imej janaan kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan monyet bertindak sebagai hakim manakala kambing dan biri-biri sedang berebutkan pisang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hantaran itu, Ahmad Fadhli menuslia: &#8216;Kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang,&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Fadhli bagaimanapun bertindak memadam hantaran yang menyebut tentang monyet, kambing dan biri-biri selepas Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta serta tanpa syarat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mengingatkan pemimpin politik di negara ini supaya meraikan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2034,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-2033","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2033","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2033"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2033\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2035,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2033\/revisions\/2035"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2034"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2033"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2033"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2033"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}