{"id":2066,"date":"2025-07-31T15:19:59","date_gmt":"2025-07-31T07:19:59","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2066"},"modified":"2025-07-31T15:20:04","modified_gmt":"2025-07-31T07:20:04","slug":"trump-rakam-terima-kasih-atas-kejayaan-gencatan-senjata-thailand-kemboja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2066","title":{"rendered":"Trump rakam terima kasih atas kejayaan gencatan senjata Thailand-Kemboja"},"content":{"rendered":"\n<p>PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merakamkan ucapan tahniah atas usaha Malaysia menjayakan gencatan senjata antara Thailand-Kemboja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri berkata, Trump juga akan mengumumkan kadar tarif baharu AS ke atas Malaysia esok.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memaklumkan berpeluang bercakap dengan pemimpin tertinggi AS itu pada 6.50 pagi tadi untuk membincangkan kadar tarif baharu yang akan dikenakan ke atas Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Beliau (Trump) memulakan (perbualan) dengan penghargaan setinggi-tingginya kerana memainkan peranan berkesan menyelesaikan konflik Thailand dan Kemboja.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Walapun dalam respon (maklum balas), saya menyatakan ini adalah kesepakatan dalam ASEAN, ini kerana sikap positif kedua-dua negara dan juga kerjasama ditunjukkan AS khusus Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami turut membincangkan soal tarif atas semangat prinsip perdagangan bebas, pelbagai siri rundingan digerakkan oleh MITI dan wakil perdagangan AS serta Setiausaha Perdagangan AS.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selepas perbincangan berlaku dan beberapa penjelasan disampaikan, Trump memutuskan menangguhkan pengumuman dan kadar tarif akan diumumkan esok&#8221; katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Trump dalam masa sama turut mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi kita tunggu sehingga esok, yang penting kewaspadaan kita kemungkinan harga barangan dan kos akan meningkat sekiranya tarif tidak seperti kita jangkakan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, Trump mengumumkan kadar tarif 25 peratus AS terhadap Malaysia yang akan menyebabkan barangan Malaysia menjadi lebih mahal di pasaran AS.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merakamkan ucapan tahniah atas usaha Malaysia menjayakan gencatan senjata&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2067,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2066","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2066","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2066"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2066\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2068,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2066\/revisions\/2068"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2067"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2066"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2066"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2066"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}