{"id":2097,"date":"2025-08-04T09:46:11","date_gmt":"2025-08-04T01:46:11","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2097"},"modified":"2025-08-04T09:46:17","modified_gmt":"2025-08-04T01:46:17","slug":"jalur-gemilang-terbaliktindakan-tegas-akan-diambil-terhadap-sjkc-chung-hua-fadhlina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2097","title":{"rendered":"Jalur Gemilang terbalik:Tindakan tegas akan diambil terhadap SJKC Chung Hua- Fadhlina"},"content":{"rendered":"\n<p><a><\/a>KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memandang serius isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson, kata Menterinya, Fadhlina Sidek.<\/p>\n\n\n\n<p>Fadhlina berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap sekolah berkenaan berhubung kesilapan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun katanya, beliau menunggu laporan penuh siasatan sebelum tindakan seterusnya dilanjut diambil.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita sedang menunggu siasatan penuh dan saya tegaskan di sini sebaik kita memperoleh laporan berkenaan, tindakan akan diambil berdasarkan hasil siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerkait pemasangan bendera ini, kita sudah mengingatkan isu ini secara berulang kali dan masalah sama tidak sepatutnya berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sentiasa mengingatkan dari sudut sensitiviti, tanggungjawab dan komitmen berhubung Jalur Gemilang terutama ketika kita dalam menuju Hari Kebangsaan dan kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita akan mengambil tindakan tegas dalam soal kesalahan mempamer Jalur Gemilang ini,\u201d katanya seperti dipetik Berita Harian.<\/p>\n\n\n\n<p>Fadhlina berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Tingkatan Enam Semester Satu Tahun 2025, di Kota Bharu, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, media melaporkan SJKC Chung Hua Port Dickson memohon maaf secara terbuka, susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di premis sekolah itu, Jumaat lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataan bersama Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbiran sekolah, pihaknya meluahkan rasa kesal terhadap insiden terbabit yang disifatkan sebagai kecuaian tidak disengajakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku pada petang 1 Ogos apabila seorang pekerja sekolah memasang bendera sebelum tamat waktu bekerja, namun tanpa disedari satu daripadanya dipasang secara terbalik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memandang serius isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2098,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-2097","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2097","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2097"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2097\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2099,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2097\/revisions\/2099"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2098"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2097"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2097"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2097"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}