{"id":2205,"date":"2025-08-23T17:50:04","date_gmt":"2025-08-23T09:50:04","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2205"},"modified":"2025-08-23T17:50:07","modified_gmt":"2025-08-23T09:50:07","slug":"tiada-mou-terima-10000-pelajar-bangladesh-kerja-di-malaysia-dr-zambry","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2205","title":{"rendered":"Tiada MoU terima 10,000 pelajar Bangladesh kerja di Malaysia &#8211; Dr Zambry"},"content":{"rendered":"\n<p>KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi menafikan dakwaan bahawa &nbsp;menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bangladesh untuk menerima 10,000 pelajar negara itu bekerja di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir&nbsp;menegaskan, dakwaan oleh Exco Kedah Haim Hilman yang juga bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada sidang DUN Kedah itu adalah tidak berasas dan sangat tidak bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHanya berdasarkan laporan media di Bangladesh, beliau telah membuat tuduhan bahawa saya telah bersetuju untuk mempertimbangkan \u2018Graduate Pass\u2019 kepada 10,000 pelajar Bangladesh di Malaysia untuk membolehkan mereka bekerja di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTuduhan tersebut adalah tidak benar dan tidak tepat sama sekali. Tidak ada sebarang MoU atau perjanjian ditandatangani yang mengikat Malaysia untuk menerima pelajar Bangladesh itu,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, dalam video tular, Haim memetik sebuah laporan media Bangladesh yang mendakwa Malaysia bersetuju mempertimbangkan \u2018Graduate Pass\u2019 kepada 10,000 pelajar Bangladesh di Malaysia bagi membolehkan mereka bekerja di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Zambry berkata sebagai seorang berlatarkan akademik, pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah itu seharusnya membuat kenyataan berdasarkan fakta yang tepat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPrinsip akademik menuntut kepada informasi yang berintegriti, bertepatan dan kebenaran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menasihatkan beliau agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan berhubung apa-apa isu termasuk yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga ingin menegaskan beliau tidak sewenang-wenangnya mencipta persepsi dengan menyampaikan maklumat yang tidak tepat serta mengelirukan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi menafikan dakwaan bahawa &nbsp;menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bangladesh untuk menerima 10,000&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2206,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-2205","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2205","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2205"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2205\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2207,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2205\/revisions\/2207"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2206"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2205"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2205"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2205"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}