{"id":2208,"date":"2025-08-23T17:57:20","date_gmt":"2025-08-23T09:57:20","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2208"},"modified":"2025-08-23T17:57:24","modified_gmt":"2025-08-23T09:57:24","slug":"fahmi-nafi-arah-kandungan-kes-zara-qairina-disekat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2208","title":{"rendered":"Fahmi nafi arah kandungan kes Zara Qairina disekat"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DATUK Fahmi Fadzil menafikan ada mengeluarkan kenyataan dan arahan untuk menyekat kandungan berkait kes Zara Qairina Mahathir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Komunikasi itu&nbsp;yang juga jurucakap kerajaan menegaskan hantaran dimuat naik pemilik akaun Facebook Datu Bentan Alamin adalah fitnah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan mahupun arahan seperti yang didakwa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSatu laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun FB yang mencetuskan fitnah itu,\u201d katanya di Facebook.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau juga menyeru semua pihak menghentikan penyebaran fitnah dan tidak menunggang sebarang isu demi kepentingan peribadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTermasuk menjadikan kes Zara Qairina sebagai bahan untuk dimanipulasi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Zara ditemui tidak sedarkan diri pada 4 pagi 16 Julai selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya di Papar, Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I keesokannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jenazahnya digali semula pada 9 Ogos bagi membolehkan bedah siasat dijalankan susulan dakwaan kejadian buli.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inkues bagi menentukan punca dan sama ada wujud unsur jenayah dalam kematian Zara akan bermula 3 Sept ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rabu lalu, lima remaja didakwa di Mahkamah Kanak-kanak di Kota Kinabalu, Sabah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertuduhan terhadap lima perempuan berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka didakwa dalam mencapai niat bersama, menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina, 13, yang mana perkataan tersebut didengari oleh mangsa yang mungkin menyebabkan pelajar itu terganggu dengan perkataan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kelima-lima pelajar didakwa melakukan perbuatan itu di blok Asrama Rabiatul Adawiyah Dorm A-3-6, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan WDT 15, Papar antara jam 10 malam dan 11 malam, pada 15 Julai lepas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DATUK Fahmi Fadzil menafikan ada mengeluarkan kenyataan dan arahan untuk menyekat kandungan berkait kes Zara&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2209,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-2208","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2208","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2208"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2208\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2210,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2208\/revisions\/2210"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2209"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2208"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2208"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2208"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}