{"id":2227,"date":"2025-08-26T22:37:29","date_gmt":"2025-08-26T14:37:29","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2227"},"modified":"2025-08-26T22:37:30","modified_gmt":"2025-08-26T14:37:30","slug":"hutang-baharu-kerajaan-tidak-bertambah-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2227","title":{"rendered":"Hutang baharu kerajaan tidak bertambah &#8211; PM"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KERAJAAN&nbsp;MADANI komited dalam usaha mengurangkan defisit fiskal dan hutang baharu negara, meskipun isu tersebut sering dijadikan polemik oleh pihak tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, defisit fiskal berjaya diturunkan daripada 5.6 peratus kepada 4.1 peratus, dan diunjurkan susut lagi kepada 3.8 peratus pada tahun hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelasnya, dakwaan sesetengah pihak bahawa hutang negara bertambah di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI adalah tidak berasas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSesetengah rakan saya di sebelah sana mendakwa bahawa hutang negara bertambah. Itu tidak benar. Hutang baharu kerajaan sebenarnya telah berkurangan. Saya telah membaca data beberapa kali.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cHutang baharu yang sebelum ini mencecah RM100 bilion telah menurun kepada RM90 bilion, RM80 bilion dan kini RM70 bilion. Ini adalah usaha yang sedang kita laksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cNamun begitu, jumlah keseluruhan hutang meningkat disebabkan oleh faedah dan hutang sedia ada yang diwarisi, bukannya pinjaman baharu yang dibuat oleh kerajaan sekarang. Jadi, tidak wajar mengatakan bahawa kerajaan semasa menambah hutang baharu,\u201d ucapnya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara,&nbsp;hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri&nbsp;turut menyatakan bahawa sasaran kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang ialah untuk menurunkan defisit fiskal kepada tiga peratus dan mengekalkan paras hutang di bawah 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambahnya, kerajaan menyasarkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita meningkat kepada RM77,200 menjelang tahun 2030, sekali gus melepasi ambang negara berpendapatan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di bawah RMK13, melalui pelaksanaan Reformasi Pengurusan Projek dan Fiskal, kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah strategik, termasuk meminimumkan perbelanjaan yang tidak mendesak bagi mencapai sasaran defisit fiskal di bawah tiga peratus menjelang tahun 2030.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, kerajaan turut merancang untuk mengetatkan kawalan terhadap jaminan pinjaman kepada syarikat milik kerajaan serta melaksanakan rasionalisasi subsidi secara bersasar dan berperingkat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN&nbsp;MADANI komited dalam usaha mengurangkan defisit fiskal dan hutang baharu negara, meskipun isu tersebut sering&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2187,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2227","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2227","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2227"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2227\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2228,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2227\/revisions\/2228"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2187"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2227"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2227"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2227"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}