{"id":2236,"date":"2025-08-28T13:49:01","date_gmt":"2025-08-28T05:49:01","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2236"},"modified":"2025-08-28T13:49:06","modified_gmt":"2025-08-28T05:49:06","slug":"ruu-psb-bukan-untuk-pecahkan-demografi-kaum-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2236","title":{"rendered":"RUU PSB bukan untuk pecahkan demografi kaum &#8211; PM"},"content":{"rendered":"\n<p>DATUK&nbsp;Seri Anwar Ibrahim membidas&nbsp;sikap segelintir pihak yang cuba mewujudkan persepsi kononnya Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 bertujuan untuk memecahkan demografi majoriti Melayu kepada bukan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri menegaskan, sejak Kerajaan MADANI menerajui pemerintahan negara tiada satu rekod pun yang menunjukkan kawasan Melayu diserahkan kepada bukan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBimbang takut syarikat Cina ambil alih semua hak kawasan Melayu. Saya hendak tanya, sejak kita ambil alih kerajaan, dengan penyertaan DAP (dalam Kerajaan Perpaduan), kawasan mana yang kita serah (kepada bukan Melayu).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPuluhan tahun, kerajaan mana yang serah tanah (milik) Melayu kepada Cina\u2026 kerajaan mana yang sanggup dan berani sejak 1957 beri tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita yang bagi (tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur) dan tiada bangkangan, ada persetujuan dalam Jemaah Menteri. Ini antaranya perumahan rakyat,\u201d katanya ketika menjawab soalan tambahan Hamzah Zainuddin (PN-Larut) ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat,&nbsp;hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Perdana Menteri mempersoal pendirian Perikatan Nasional (PN) mengenai pembangunan semula rumah kos rendah serta projek perumahan ketika menerajui pentadbiran negara sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mahu tanya dalam 33 bulan (pentadbiran PN) ada tak cadangan bangunkan rumah kos rendah\u2026 ada tak cadangan projek perumahan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda cadangan sebenarnya, saya tengok menteri terdahulu ada cadangan sama, pembangunan semula bandar dan kini (apabila Kerajaan MADANI) buat (pembangkang) tunjuk perasaan, menentang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mahu tahu mana satu (pendirian menteri perumahan terdahulu)\u2026 kalau betul dia setuju dan ada beberapa kelemahan, betulkan tetapi jangan menentang (RUU PSB 2025).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOrang kata kita mahu dukung golongan kaya, lihat semua projek diluluskan di Kuala Lumpur sekarang, mana yang boleh kita katakan hanya memihak kepada golongan kaya?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemuanya (dilengkapi) syarat sekolah vertikal, rumah rakyat. Ini kita letakkan syarat. Tidak umpamanya tambah satu tingkat, komisen RM5 juta. Ini tak diizinkan sama sekali,\u201d kata Ahli Parlimen Tambun itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DATUK&nbsp;Seri Anwar Ibrahim membidas&nbsp;sikap segelintir pihak yang cuba mewujudkan persepsi kononnya Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2237,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2236","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2236","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2236"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2236\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2238,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2236\/revisions\/2238"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2237"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2236"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2236"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2236"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}