{"id":2240,"date":"2025-08-29T10:09:06","date_gmt":"2025-08-29T02:09:06","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2240"},"modified":"2025-08-29T10:09:10","modified_gmt":"2025-08-29T02:09:10","slug":"ruu-psb-ditangguh-untuk-diperhalusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2240","title":{"rendered":"RUU PSB ditangguh untuk diperhalusi"},"content":{"rendered":"\n<p>RANG Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) ditangguhkan untuk diperhalusi dan dibentangkan semula dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Oktober.<\/p>\n\n\n\n<p>RUU tersebut dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sebelah petang ini, namun tidak akan dibahaskan sebelum keputusan penangguhan dibuat.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, penangguhan tersebut dibuat susulan beberapa kebimbangan dan bantahan yang dibangkitkan, termasuk oleh Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan PKR.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Timbalan Pengerusi BN merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan, memaklumkan bahawa Ahli-ahli Parlimen BN bersetuju agar RUU PSB ditangguhkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat bersama dalam kalangan Ahli Parlimen BN.<\/p>\n\n\n\n<p>RUU PSB turut menerima bantahan daripada pelbagai pihak, termasuk menerusi satu perhimpunan yang diadakan di hadapan pintu masuk Parlimen minggu ini, yang mendesak supaya kelulusan rang undang-undang tersebut dihentikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, RUU PSB telah dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat pada Khamis lalu oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat hari ini, RUU tersebut sepatutnya dibentangkan untuk bacaan kali kedua selepas selesai urusan berkaitan RUU Pekerja Gig 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Sidang Dewan Rakyat seterusnya dijadual berlangsung dari 6 Oktober hingga 4 Disember 2025 selama 35 hari, yang merupakan sebahagian daripada Persidangan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas.<\/p>\n\n\n\n<p>Sidang tersebut akan memberi tumpuan kepada pembentangan, perbahasan dan kelulusan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026, yang dijangka dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 10 Oktober ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RANG Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) ditangguhkan untuk diperhalusi dan dibentangkan semula dalam sidang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2241,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-2240","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2240","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2240"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2240\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2242,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2240\/revisions\/2242"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2240"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2240"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2240"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}