{"id":2254,"date":"2025-08-30T16:08:25","date_gmt":"2025-08-30T08:08:25","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2254"},"modified":"2025-08-30T16:08:32","modified_gmt":"2025-08-30T08:08:32","slug":"anak-muda-kena-pelihara-perpaduan-negara-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2254","title":{"rendered":"Anak muda kena pelihara perpaduan negara &#8211; PM"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PERDANA&nbsp;Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim&nbsp;menyeru golongan belia agar terus memelihara perpaduan rakyat yang merupakan tunjang kekuatan negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tegasnya, Malaysia antara negara berbilang kaum dan agama yang kekal bertahan dari segi keamanan, kesegaran ekonomi, kekuatan perpaduan serta keutuhan budaya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKeadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan beberapa negara lain di rantau Asia mahupun di peringkat dunia, sekali gus menunjukkan keistimewaan Malaysia dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di Serdang, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seramai 4,000 hadir terdiri daripada penjawat awam, agamawan, jentera perpaduan, pelajar sekolah, anggota badan beruniform, mahasiswa IPT, golongan belia, usahawan dan pekerja swasta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majlis amanat itu diadakan sebagai usaha menzahirkan hasrat dan harapan kepimpinan tertinggi kerajaan mengenai kepentingan menghayati semangat kemerdekaan serta menyemai patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada Anwar berkata,tindakan memecah&nbsp;belahkan Malaysia&nbsp;berdasarkan kaum mesti dihalang dengan tegas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, tiada negara yang boleh bertahan sekiranya menerima hasutan kebencian antara kaum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelasnya, Malaysia dengan sifatnya sebagai sebuah negara majmuk jauh lebih penting berbanding sentimen kampung atau daerah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBerilah cadangan apa pun, termasuk mutakhir ini, pembangunan semula bandar masih dilihat dari segi kaum, masih ditanam dan dihasut rasa takut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita tidak boleh mengenepikan kepentingan kaum masing-masing. Apa pun saya bicarakan, saya tetap Melayu, saya bangga dengan bahasa saya, bahasa Melayu dan kehebatan budaya Melayu yang agung.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTapi tidak wajar kebanggaan ini meremehkan, memadamkan, apa lagi menghina yang lain,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri berkata, isu perpaduan bukanlah \u2018zero sum game\u2019 yang hanya memperhebat kekuatan Melayu sambil menghina kaum lain.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERDANA&nbsp;Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim&nbsp;menyeru golongan belia agar terus memelihara perpaduan rakyat yang merupakan tunjang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2255,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2254","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2254","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2254"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2254\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2256,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2254\/revisions\/2256"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2255"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2254"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2254"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2254"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}