{"id":2261,"date":"2025-09-02T11:13:37","date_gmt":"2025-09-02T03:13:37","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2261"},"modified":"2025-09-02T11:13:43","modified_gmt":"2025-09-02T03:13:43","slug":"juara-dunia-disambut-meriah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2261","title":{"rendered":"Juara dunia disambut meriah!"},"content":{"rendered":"\n<p>SUASANA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi bertukar meriah apabila wira baharu badminton negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, pulang dengan gelaran juara dunia pertama beregu campuran Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasangan ranking keempat dunia itu mendarat jam 5.51 pagi menerusi pesawat Malaysia Airlines MH21 dengan wajah penuh ceria, melambai tangan kepada ratusan penyokong yang setia menunggu sejak awal pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut pulang bersama mereka, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah, yang muncul naib juara dunia selepas mengharungi final penuh dramatik di Paris, lapor Harian Metro.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketibaan mereka diraikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Ketua Setiausaha KBS, Datuk Ts Dr K Nagulendran, Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin serta Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih manis, ahli keluarga terdekat termasuk ibu Tang Jie, Chen Keat Siew, ibu bapa Ee Wei, Toh Kok Leong dan Jane Yeoh, serta bapa Thinaah, S Muralitharan, turut berada di balai ketibaan bagi menyambut detik penuh emosi itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelmarin, Tang Jie-Ee Wei mencetus sejarah gemilang pada sambutan Hari Merdeka apabila menundukkan gandingan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 21-15, 21-14 dalam masa hanya 40 minit di pentas final Kejohanan Dunia di Adidas Arena, Paris.<\/p>\n\n\n\n<p>Sorakan \u201cMerdeka!\u201d bergema di arena tatkala pasangan negara itu mengesahkan kemenangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ee Wei jelas tenang menguasai permainan di jaring manakala Tang Jie pula gah mengawal gelanggang belakang, sekali gus menjadikan mereka beregu campuran pertama Malaysia menjulang kejuaraan dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Pearly-Thinaah yang kini menghuni ranking kedua dunia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas tipis kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, 14-21, 22-20, 17-21 dalam pertarungan sengit 83 minit.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SUASANA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi bertukar meriah apabila wira baharu&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2262,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-2261","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2261","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2261"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2261\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2263,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2261\/revisions\/2263"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2261"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2261"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2261"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}