{"id":2305,"date":"2025-09-11T22:03:18","date_gmt":"2025-09-11T14:03:18","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2305"},"modified":"2025-09-11T22:03:23","modified_gmt":"2025-09-11T14:03:23","slug":"perbuatan-keji-mesti-dikecam-kerana-serang-polis-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2305","title":{"rendered":"Perbuatan keji, mesti dikecam kerana serang polis &#8211; Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p>KERAJAAN sentiasa menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, namun kebebasan itu perlu disertai dengan rasa tanggungjawab mematuhi undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri&nbsp;Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip kebebasan tidak boleh disalahgunakan hingga mencetuskan suasana tegang, apatah lagi melibatkan keganasan terhadap pihak berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInsiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah menggesa pihak berkuasa untuk segera menjalankan siasatan dan lekas memberkas dalang serta penyerang yang bertanggungjawab mencederakan,\u201d katanya menerusi Facebook.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata, berhimpun secara aman tidak harus dijadikan alat untuk kepentingan politik sempit sehingga mengganggu ketenteraman awam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, operasi pengusiran baki penduduk Kampung Sungai Baru menjadi tegang selepas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman cedera dirempuh penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kekecohan itu, Suzilme dilihat berdarah pada bahagian muka sebelum segera dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian berlaku ketika operasi diketuai bailif mahkamah dengan kerjasama beberapa agensi susulan arahan mahkamah bagi melaksanakan proses perobohan struktur rumah dan memotong bekalan eletrik di kawasan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan beberapa individu telah dikenal pasti mencetuskan provokasi dalam operasi pengosongan 37 unit kediaman di Kampung Sungai Baru di ibu negara, pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, beberapa individu terbabit dipercayai bukan penduduk setempat telah ditahan dan disiasat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBila kita jaga ketenteraman semua penguat kuasa menjalankan tugas sepertimana dikehendaki, ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan, mengambil tindakan keterlaluan sehingga Ketua Polis Daerah saya cedera dibaling objek.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni adalah satu benda saya cukup marah, ini yang kita tidak mahu berlaku. Saya rasa masyarakat cukup sedia maklum dan beri kerjasama tapi ada sesetengah pihak cuba ambik kesempatan seperti ini,\u201d katanya dalam sidang media di Kampung Sungai Baru.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai kecederaan pegawai polis berkenaan, tambah Fadil ia sedang dikenal pasti ketika ini, selain telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKecederaan melibatkan pegawai saya itu kita akan siasat, ada beberapa tangkapan dibuat sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak mahu ada dalam kalangan di sini terlibat dalam aktiviti seperti ini cuba timbulkan kekacauan dan kepentingan lain, saya akan ambil tindakan sekerasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDia masih dalam rawatan dan sebagai komander operasi ini antara cabaran dia terima. Telah buat rawatan dan dihantar ke HKL,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN sentiasa menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, namun kebebasan itu&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2306,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2305","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2305","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2305"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2305\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2307,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2305\/revisions\/2307"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2306"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2305"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2305"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2305"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}