{"id":2329,"date":"2025-09-16T12:16:30","date_gmt":"2025-09-16T04:16:30","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2329"},"modified":"2025-09-16T12:16:33","modified_gmt":"2025-09-16T04:16:33","slug":"isu-mansuh-matrikulasi-umany-disiasat-polis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2329","title":{"rendered":"Isu mansuh matrikulasi: UMANY disiasat &#8211; Polis"},"content":{"rendered":"\n<p>POLIS&nbsp;mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap kenyataan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang menggesa pemansuhan program pengajian matrikulasi di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk M Kumar berkata, setakat ini pihaknya menerima empat laporan polis berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden UMANY, Tang Yi Ze.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kenyataan itu didapati berpotensi mewujudkan persepsi negatif terhadap sistem pendidikan negara, mencetuskan rasa tidak puas hati masyarakat serta kegentaran awam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetakat ini empat laporan polis dibuat oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan UMANY.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSatu laporan polis itu diterima pada 12 September lalu berhubung kenyataan yang dibuat oleh UMANY melalui presidennya, Tang Yi Ze, yang disiarkan oleh sebuah portal berita atas talian tempatan,\u201d katanya menerusi kenyataan&nbsp;hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, M Kumar menegaskan, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeksyen 505(b) memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya bagi kesalahan mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dengan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, M Kumar&nbsp;memaklumkan PDRM tidak akan berkompromi dalam menangani sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPihak polis akan menjalankan siasatan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOrang ramai juga dinasihatkan supaya berhemah dan bertanggungjawab ketika mengeluarkan sebarang kenyataan di ruang awam mahupun di media sosial,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, UMANY menerusi presidennya, Tang Yi Ze menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan Tinggi yang menuntut program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus STPM sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA) bagi jurusan ijazah.<\/p>\n\n\n\n<p>Memorandum tersebut dikemukakan susulan laporan media mengenai Edward Wong, lepasan STPM yang memperoleh CGPA 4.0 serta bercita-cita menjadi akauntan, namun ditolak enam universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, UMANY menjelaskan cadangan peperiksaan bersepadu tetap akan mengambil kira keperluan golongan kurang bernasib baik bagi memastikan nilai keadilan sosial dizahirkan dalam proses kemasukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihaknya yakin apabila peperiksaan bersepadu dilaksanakan, kerajaan boleh menetapkan kuota khusus untuk membantu golongan yang memerlukan agar mereka diberi keutamaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun UMANY kemudiannya memohon maaf serta tampil memberi penjelasan berhubung cadangan berkenaan selepas menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin politik, persatuan mahasiswa dan pihak institusi pengajian tinggi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>POLIS&nbsp;mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap kenyataan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang menggesa pemansuhan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2330,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-2329","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2329","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2329"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2329\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2331,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2329\/revisions\/2331"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2330"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2329"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2329"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2329"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}