{"id":2343,"date":"2025-09-17T23:15:16","date_gmt":"2025-09-17T15:15:16","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2343"},"modified":"2025-09-17T23:15:19","modified_gmt":"2025-09-17T15:15:19","slug":"malaysia-gigih-tubuh-majlis-pembangunan-halal-dunia-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2343","title":{"rendered":"Malaysia gigih tubuh Majlis Pembangunan Halal Dunia &#8211; Zahid"},"content":{"rendered":"\n<p>MALAYSIA&nbsp;sedang menerajui usaha menubuhkan Majlis Pembangunan Halal Dunia (WHDC) sebagai platform global untuk menyelaras perdagangan, pelaburan dan inovasi halal, sekali gus mempercepatkan pembangunan kapasiti serta penyelidikan dalam industri halal antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi&nbsp;berkata,&nbsp;langkah itu akan dimulakan dengan keanggotaan kecil tetapi strategik bagi membina jaringan dinamik serta berorientasikan pasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHalal bukan hanya soal pasaran dan keuntungan, tetapi diplomasi, pengaruh dan kepimpinan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni cara Malaysia menunjukkan kepada dunia sebagai sebuah negara Islam, tetapi boleh menegakkan prinsip syariah sambil mengharungi realiti ekonomi global moden,\u201d katanya pada majlis makan malam Global Halal Summit (GhaS) di ibu negara, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Teks ucapannya dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na\u2019im Mokhtar.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata sejak beberapa dekad lalu, halal menjadi antara bentuk kuasa terkuat negara ini melalui pensijilan, kewangan Islam, pendidikan dan pelancongan halal yang membina kredibiliti serta kepercayaan di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMisalnya awal tahun ini di Jakarta, Malaysia bersama Indonesia mencadangkan penubuhan ASEAN Halal Council dengan visi membentuk pasaran halal serantau melibatkan lebih 700 juta pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagaimanapun, aspirasi Malaysia tidak hanya terbatas di peringkat rantau, sebaliknya diperluas ke peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIndustri halal global kini berkembang pesat dengan nilai mencecah AS$3 trilion dan dijangka melonjak ke AS$5 trilion (RM21.58 trilion) menjelang 2030, merangkumi makanan, farmaseutikal, kosmetik, pelancongan, logistik, kewangan serta ekonomi digital.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi Malaysia, industri halal sudah menjadi antara tonggak penting ekonomi negara apabila menyumbang 7.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSumbangan itu dijangka meningkat kepada 11 peratus menjelang 2030 dengan nilai domestik mencecah AS$113 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, Malaysia turut merekodkan eksport halal sekitar AS$8 bilion setahun, iaitu lebih lima peratus daripada keseluruhan eksport negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, Malaysia akan terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju halal dunia melalui pengukuhan standard, pengiktirafan bersama, pengembangan kluster halal, integrasi dengan kewangan Islam serta penganjuran perjanjian perdagangan berstruktur.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan inisiatif Halal+ 2030 yang bertujuan menggabungkan halal dengan trend alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan kepenggunaan etika, mempercepatkan digitalisasi halal melalui kecerdasan buatan (AI), blockchain dan teknologi internet kebendaan (IoT), selain melahirkan generasi pemimpin halal masa depan melalui latihan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta program antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia tidak mahu dikenang hanya sebagai negara yang mengeluarkan sijil halal, tetapi sebagai negara yang membina ekosistem halal menyeluruh dan meninggalkan warisan global yang bernilai untuk generasi akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MALAYSIA&nbsp;sedang menerajui usaha menubuhkan Majlis Pembangunan Halal Dunia (WHDC) sebagai platform global untuk menyelaras perdagangan,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2344,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2343","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2343","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2343"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2343\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2345,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2343\/revisions\/2345"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2344"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2343"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2343"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2343"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}