{"id":2379,"date":"2025-09-23T11:49:55","date_gmt":"2025-09-23T03:49:55","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2379"},"modified":"2025-09-23T11:49:57","modified_gmt":"2025-09-23T03:49:57","slug":"kerajaan-beri-amaran-kepada-meta-kurang-berkesan-tangani-jenayah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2379","title":{"rendered":"Kerajaan beri amaran kepada Meta kurang berkesan tangani jenayah"},"content":{"rendered":"\n<p>KERAJAAN menegur Meta berikutan kurang berkesan dalam menangani jenayah di platformnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan juga sedang mempertimbangkan tindakan lanjut sekiranya tahap kerjasama&nbsp;Meta&nbsp;tidak dipertingkatkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurtunya, satu mesyuarat telah diadakan bersama wakil Meta&nbsp;di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), disertai pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) serta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMesyuarat itu memberi tumpuan kepada isu kritikal melibatkan platform Meta, khususnya Facebook, termasuk perjudian dalam talian, penipuan, penyebaran maklumat palsu, kandungan 3R (Agama, Kaum, Institusi Diraja) serta penjualan produk terlarang seperti cecair vape bercampur dadah,\u201d katanya dalam kenyataan semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi berkata sehingga 19 September, 168,774 permohonan penurunan kandungan telah dikemukakan kepada pihak Meta untuk platform Facebook sahaja yang mewakili 59 peratus daripada keseluruhan permohonan penurunan kandungan di semua platform media sosial di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDaripada jumlah tersebut, 120,127 berkaitan judi dalam talian, namun hanya 114,665 kandungan diturunkan. Manakala bagi aktiviti scam, 37,722 permohonan penurunan dibuat, dan 36,918 diturunkan. Baki kandungan masih kekal berlegar di platform Facebook, sekali gus menimbulkan kebimbangan serius,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Fahmi berkata berdasarkan statistik JSJK PDRM, kes penipuan e-dagang di tiga platform Meta iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp bagi tempoh 2023 hingga Ogos tahun ini mencatat jumlah kerugian terkumpul lebih RM248 juta, melibatkan 18,128 kes.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJumlah tersebut menunjukkan Meta masih gagal memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membanteras aktiviti jenayah siber. Hal ini memberi kesan kepada usaha pihak berkuasa untuk melindungi rakyat daripada ancaman jenayah dalam talian yang semakin meningkat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Meta telah memberikan jaminan bahawa mereka akan mempertingkatkan usaha dan kerjasama bagi memastikan kandungan yang menyalahi undang-undang dapat ditangani dengan lebih efektif.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata Meta dan platform media sosial lain telah diminta memperkenalkan mekanisme pengesahan umur dan identiti yang lebih berkesan, termasuk penggunaan MyKad dan MyDigital ID bagi menghalang kanak-kanak bawah umur daripada membuka akaun media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan MADANI tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu keselamatan digital. Meta dan semua penyedia platform media sosial wajib mengambil tanggungjawab yang lebih besar bagi memastikan kandungan yang melanggar undang-undang negara segera diturunkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKementerian Komunikasi dengan kerjasama agensi penguatkuasaan akan memperkukuh langkah pemantauan, serta mempertimbangkan tindakan lanjut sekiranya tahap kerjasama tidak dipertingkatkan oleh Meta.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN menegur Meta berikutan kurang berkesan dalam menangani jenayah di platformnya. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2149,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-2379","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2379","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2379"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2379\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2380,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2379\/revisions\/2380"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2379"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2379"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2379"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}