{"id":2384,"date":"2025-09-23T12:10:51","date_gmt":"2025-09-23T04:10:51","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2384"},"modified":"2025-09-23T12:10:54","modified_gmt":"2025-09-23T04:10:54","slug":"mykad-rosak-jpn-sedia-lanjut-tempoh-masa-operasi-kaunter","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2384","title":{"rendered":"Mykad rosak: JPN sedia lanjut tempoh masa operasi kaunter"},"content":{"rendered":"\n<p>LANJUTAN tempoh masa pembaharuan penggantian cip MyKAd rosak akan dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekiranya berlaku lonjakan permohonan mengenainya di operasi kaunter.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata arahan itu sudah dimaklumkan kepada pegawai JPN bagi memastikan semua urusan orang ramai dapat diselesaikan&nbsp;menjelang pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) hujung bulan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya sudah maklumkan kepada pegawai JPN, jika perlu tambah masa, mereka bersedia berbuat demikian sehingga semua urusan selesai.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya sempat membuat tinjauan dan berinteraksi dengan orang ramai yang sedang berurusan dan saya melihat proses itu berjalan lancar,&#8221; katanya pada sidang media selepas meninjau kaunter di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, dalam tinjauannya jumlah orang ramai yang mendapatkan khidmat di kaunter JPN semakin meningkat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sehingga jam 9 pagi, angka giliran sudah mencecah 99, namun masih dianggap munasabah kerana permohonan penggantian MyKad dapat diselesaikan pada hari sama.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pengecualian caj RM10 bagi penggantian MyKad rosak bermula hari ini hingga 7 Oktober, dengan anggaran kos ditanggung kerajaan sebanyak RM714,660 berdasarkan purata 40,000 permohonan sebulan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan rakyat tidak berdepan masalah ketika pelaksanaan BUDI95 pada 30 September ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut memberi jaminan stok kad mencukupi dan JPN bersedia menguruskan peningkatan permohonan tanpa sebarang gangguan.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, kerajaan mengumumkan penggantian MyKad percuma bagi individu yang mengalami masalah cip rosak pada kad pengenalan mereka bermula hari ini sehingga 7 Oktober.<\/p>\n\n\n\n<p>Penukaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter JPN di seluruh negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LANJUTAN tempoh masa pembaharuan penggantian cip MyKAd rosak akan dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2385,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-2384","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2384","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2384"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2384\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2386,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2384\/revisions\/2386"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2385"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2384"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2384"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2384"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}