{"id":2400,"date":"2025-09-24T11:22:24","date_gmt":"2025-09-24T03:22:24","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2400"},"modified":"2025-09-24T11:22:27","modified_gmt":"2025-09-24T03:22:27","slug":"ruu-psb-umno-anjur-konvensyen-khusus-3-oktober","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2400","title":{"rendered":"RUU PSB: UMNO anjur konvensyen khusus 3 Oktober"},"content":{"rendered":"\n<p>UMNO akan mengadakan konvensyen khusus bagi membincangkan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang akan diadakan pada 3 Oktober depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pasukan Khas UMNO Datuk Seri Johari Ghani berkata,&nbsp;konvensyen itu diadakan bagi mendapatkan maklum balas masyarakat untuk mencari penyelesaian semua isu berbangkit selain membuat penambahbaikan berhubung RUU itu&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi ini kita jemput speaker dalam kalangan pemimpin-pemimpin dan pemegang taruh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBuat masa ini, ada lebih kurang 14 speaker akan berucap bagi pandangan, apa pandangan mereka mengenai URA (Akta PSB),\u201d katanya dalam forum Urbanisasi dan URA: Survival Melayu bandar yang disiarkan secara atas talian, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Johari&nbsp;yang juga Naib Presiden UMNO berkata, konvensyen itu akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 3 petang.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Perladangan dan Komuniti itu berkata, pandangan rakyat juga akan diambil kira sekali gus&nbsp;dikumpul pada konvensyen itu yang akan digunakan bagi merumus resolusi dan cadangan penambahbaikan RUU PSB sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya ini cuma koordinator yang dilantik oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan juga Jawatankuasa Ahli Majlis Tertinggi UMNO&nbsp;untuk anjurkan program ini bagi mendapatkan maklum balas pada peringkat akar umbi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 28 Ogos, Perdana Menteri&nbsp;Datuk Seri&nbsp;Anwar Ibrahim menegaskan, RUU PSB perlu dilaksanakan bagi memberi ruang kepada projek pembinaan semula kediaman selesa untuk kesejahteraan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berharap bacaan kedua RUU itu ditangguhkan sementara, mengambil kira kebimbangan banyak pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalus melalui sesi libat urus secara menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, dilaporkan sebelum ini bahawa Pemuda Pas&nbsp;akan menganjurkan Himpunan Mega Tolak URA sebagai tanda solidariti bersama rakyat menolak dasar ini pada 4 Okt.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan ketuanya, Mohd Hafez Sabri berkata, sehingga 50,000 peserta dijangka hadir pada perhimpunan aman itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, RUU PSB dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada 21 Ogos.<\/p>\n\n\n\n<p>RUU itu antara lainnya bertujuan memastikan kawasan perumahan lama dapat dibangunkan semula secara lebih terancang, adil dan inklusif.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO akan mengadakan konvensyen khusus bagi membincangkan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang akan diadakan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2401,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2400","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2400","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2400"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2400\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2402,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2400\/revisions\/2402"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2401"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2400"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2400"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2400"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}