{"id":2404,"date":"2025-09-24T11:32:30","date_gmt":"2025-09-24T03:32:30","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2404"},"modified":"2025-09-24T11:32:32","modified_gmt":"2025-09-24T03:32:32","slug":"boleh-semak-kelayakan-budi95-mulai-khamis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2404","title":{"rendered":"Boleh semak kelayakan BUDI95 mulai Khamis"},"content":{"rendered":"\n<p>SEMAKAN kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh dibuat mulai Khamis ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata semakan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal rasmi www.budimadani.gov.my. di Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95 atau melalui aplikasi Setel dan CaltexGO selepas proses verifikasi identiti selesai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui kelayakan subsidi yang diperoleh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPortal ini kekal digunakan dan mulai 30 Sept, setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan. Had ditetapkan ialah 300 liter sebulan,\u201d katanya pada sidang media selepas sesi taklimat media mengenai penyasaran subsidi RON95 di Putrajaya, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Amir Hamzah berkata, pengguna tidak perlu membuat pendaftaran baharu kerana semakan kelayakan dilakukan secara automatik berdasarkan nombor kad pengenalan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, di stesen minyak pula, pengguna hanya perlu memasukkan MyKad pada pembaca di pam atau kaunter kedai untuk pengesahan kelayakan sebelum membuat bayaran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPembayaran boleh dibuat menggunakan tunai, kad kredit\/debit atau e-dompet. Selepas selesai mengisi petrol, resit akan memaparkan nilai transaksi pada harga pam, jumlah subsidi ditanggung kerajaan dan amaun sebenar yang dibayar pengguna pada harga RM1.99 seliter,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Amir Hamzah berkata, kuota subsidi kekal 300 liter sebulan, manakala penggunaan melebihi had itu dikenakan harga pasaran semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHampir semua stesen minyak dilengkapi dengan pembaca MyKad, manakala sebahagian syarikat minyak turut menawarkan semakan melalui aplikasi masing-masing seperti Setel dan Touch \u2019n Go. Usaha ini bagi memastikan subsidi disalurkan kepada mereka yang layak, mengurangkan ketirisan serta memberi penjimatan kepada kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.99 seliter bermula 30 Sept ini untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi bukan warganegara, harga ditetapkan pada RM2.60 seliter bermula tarikh sama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEMAKAN kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh dibuat mulai Khamis ini, kata Menteri&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2405,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-2404","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2404","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2404"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2404\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2406,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2404\/revisions\/2406"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2405"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2404"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2404"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2404"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}