{"id":2431,"date":"2025-10-03T18:44:49","date_gmt":"2025-10-03T10:44:49","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2431"},"modified":"2025-10-03T18:44:52","modified_gmt":"2025-10-03T10:44:52","slug":"gsf-bukan-pengganas-tuduhan-biadap-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2431","title":{"rendered":"GSF bukan pengganas, tuduhan biadap &#8211; Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Johari Osman<\/p>\n\n\n\n<p>INI satu kenyataan biadap, bidas Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri menyifatkan tuduhan Israel melabelkan aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas adalah kenyataan yang biadab.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegasnya, pelayaran GSF ke Gaza adalah misi kemanusiaan bagi membantu penduduk Palestin yang ditindas rejim Zionis, yang hakikatnya adalah pengganas sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Suaranya daripada siapa? Daripada terrorist Israel, terrorist besar. Mereka (GSF) tidak membawa senjata, tidak membunuh orang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka membawa makanan, minuman dan ubat-ubatan. Bagaimana GSF boleh dipanggil terrorist? Ini satu kenyataan yang biadab,\u201d katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khadijah, Jalan Pantai Sentral 2, di Lembah Pantai, di ibu negara, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menuduh aktivis misi GSF yang kini ditahan rejim itu sebagai pengganas menerusi satu rakaman video.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Razali Awang (kapal Inana); pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan bahawa sukarelawan Malaysia dalam misi GSF tetap bersemangat kental biarpun kini berada dalam tahanan pihak Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, para sukarelawan berkenaan telah memberi sumbangan besar dalam mencelikkan masyarakat dunia mengenai kekejaman rejim Zionis.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Walaupun ada yang menyatakan mereka tidak sampai ke Gaza, harus difahami bahawa mereka sedang berdepan dengan rejim penjajah yang ganas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apa yang mereka lalui ini membuka mata ratusan juta rakyat dunia. Mereka berkorban, menempuh ombak di lautan, berdepan ketidakpastian keselamatan, malah semua telefon mereka dicampakkan ke laut,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Johari Osman INI satu kenyataan biadap, bidas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri menyifatkan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2432,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2431","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2431","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2431"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2431\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2433,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2431\/revisions\/2433"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2432"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2431"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2431"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2431"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}