{"id":2471,"date":"2025-10-21T21:31:25","date_gmt":"2025-10-21T13:31:25","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2471"},"modified":"2025-10-21T21:31:28","modified_gmt":"2025-10-21T13:31:28","slug":"rekod-cemerlang-bukti-bn-bawa-kestabilan-kemakmuran-kepada-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2471","title":{"rendered":"Rekod cemerlang bukti BN bawa kestabilan, kemakmuran kepada Sabah"},"content":{"rendered":"\n<p>REKOD cemerlang mentadbir Sabah sejak puluhan tahun lalu membuktikan Barisan Nasional (BN) sebuah parti membawa kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat di negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, BN bukan sahaja berjaya memperkukuh pembangunan negeri malah menjadi parti yang sentiasa membela kebajikan rakyat di setiap peringkat.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, pengalaman panjang BN mentadbir negeri ini menjadi bukti yang jelas bahawa parti tersebut mampu terus memacu pembangunan dan kemajuan sekiranya diberi semula mandat oleh rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUMNO\/BN mempunyai rekod yang cukup panjang mentadbir negeri Sabah serta kestabilan dan kemakmuran yang dibawa oleh parti ini. Rekod yang baik ini sewajarnya dijadikan ingatan kepada seluruh pengundi-pengundi negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi mereka yang berumur lebih 50 tahun ke atas, mereka tahu perjalanan UMNO dan BN di negeri ini sejak 1991 hingga kini, parti ini membantu rakyat dengan begitu baik sekali terutamanya pembangunan, kestabilan negeri serta kemakmuran untuk rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekiranya BN diberi mandat tentunya akan menambah baik prasarana seperti lebuhraya Pan Borneo, universiti, industri, prasarana di kampung-kampung seperti jalan raya, sekolah-sekolah, hospital, klinik dan sebagainya. Ini semua adalah usaha BN berada di negeri ini,\u201d katanya ketika dihubungi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menegaskan, perjuangan BN di Sabah tidak pernah terhenti begitu saja walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran politik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita sambung perjuangan yang terputus demi untuk kestabilan dan kemakmuran rakyat negeri Sabah. Perjuangan ini bukan sekadar untuk perkukuhkan kekuatan tetapi semangat setiakawan dan kepercayaan rakyat. Kita akan buktikan bahawa Sabah mampu bangkit lebih baik daripada sebelumnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, kembalikan BN meneraju negeri ini demi kestabilan serta boleh menyambung insfrastruktur yang ditinggalkan. Pembangunan ini bukan hanya untuk negeri tetapi ianya adalah untuk rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, penamaan calon pada 15 Nov dan tarikh pengundian awal pada 25 November.<br>PRN ini menyaksikan 73 kerusi bakal dipertandingkan di 25 kawasan Parlimen negeri itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>REKOD cemerlang mentadbir Sabah sejak puluhan tahun lalu membuktikan Barisan Nasional (BN) sebuah parti membawa&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2472,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-2471","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2471","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2471"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2471\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2473,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2471\/revisions\/2473"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2472"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2471"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2471"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2471"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}