{"id":2475,"date":"2025-10-22T20:33:30","date_gmt":"2025-10-22T12:33:30","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2475"},"modified":"2025-10-22T20:33:33","modified_gmt":"2025-10-22T12:33:33","slug":"kerajaan-teliti-keputusan-mahkamah-tuntutan-40-peratus-hasil-sabah-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2475","title":{"rendered":"Kerajaan teliti keputusan mahkamah tuntutan 40 peratus hasil Sabah- PM"},"content":{"rendered":"\n<p>KERAJAAN menyerahkan kepada Peguam Negara untuk meneliti keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung tuntutan 40 peratus hasil negeri Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan itu dan komited untuk meneliti alasan penghakiman tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Anwar menyangkal tanggapan bahawa Kerajaan Persekutuan hanya mengambil hasil Sabah tanpa menyumbang kepada pembangunannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeputusan ini diambil serius oleh Kerajaan Persekutuan. Namun yang memusykilkan adalah keputusan itu mengundang tafsiran yang mengelirukan, seolah-olah Kerajaan Persekutuan ini dan sebelumnya hanya menyedut hasil Sabah dan tidak menyumbang kepada pembangunan Sabah,\u201d kata Anwar pada sesi penerangan khas di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai menghormati proses perundangan yang sedang berlangsung, Anwar berkata, kerajaan tidak boleh memperincikan perkara yang masih dalam pertikaian mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, bagi menjawab segala tohmahan, Perdana Menteri menyatakan komitmen penuh kerajaan dalam memenuhi segala obligasi kepada Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, kerajaan pimpinannya telah mencapai kejayaan positif dalam menyelesaikan banyak isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n\n\n\n<p>Sebanyak 13 tuntutan di bawah MA63 telah berjaya diselesaikan, termasuk penyerahan kuasa kawal selia elektrik dan Sabah Electricity Berhad kepada kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelepas menyerahkan kuasa tersebut, Kerajaan Persekutuan masih tetap menyediakan peruntukan RM1.2 bilion untuk menjamin kelangsungan bekalan elektrik di Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Anwar turut menyenaraikan beberapa inisiatif lain seperti pengiktirafan terhadap jabatan teknikal di Sabah serta pemberian kuasa melulus bagi perolehan projek Persekutuan sehingga RM50 juta.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN menyerahkan kepada Peguam Negara untuk meneliti keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung tuntutan 40&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2476,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2475","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2475","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2475"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2475\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2477,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2475\/revisions\/2477"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2476"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2475"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2475"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2475"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}