{"id":2535,"date":"2025-10-24T21:43:58","date_gmt":"2025-10-24T13:43:58","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2535"},"modified":"2025-10-24T21:44:04","modified_gmt":"2025-10-24T13:44:04","slug":"nama-malaysia-harum-mekar-di-persada-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2535","title":{"rendered":"Nama Malaysia harum mekar di persada antarabangsa"},"content":{"rendered":"\n<p>INSYALLAH, setakat ini nama Malaysia sentiasa menjadi sebutan dalam mana-mana persidangan, demikian kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, Malaysia yang sering diundang menyertai forum-forum berprestij dunia mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap pandangan dan kepimpinan negara dalam pelbagai isu serantau serta global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam setiap forum antarabangsa, termasuk semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini, saya sendiri diundang untuk menyampaikan ucaptama mewakili Perdana Menteri,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO itu berkata, kewibawaan Malaysia sebagai kuasa berpengaruh di arena diplomasi antarabangsa semakin menyerlah apabila nama negara sering mendapat perhatian dalam pelbagai persidangan dan forum dunia sejajar dengan peranan aktifnya selaku Pengerusi ASEAN 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegasnya, Malaysia kini bukan sahaja dikenali sebagai negara yang berjaya dan stabil di rantau ini, malah dihormati oleh pelbagai pihak kerana pendekatan sederhana serta berprinsipnya dalam hubungan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyentuh Sidang Kemuncak ASEAN, Mohamad berkata, prestasi Kepengerusian Malaysia-ASEAN 2025 tidak hanya diukur daripada aspek penganjuran, tetapi juga dari sudut kejayaan Malaysia menjadi penghubung antara kuasa besar dunia dan rakan serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia kini dianggap sebagai negara yang berjaya dalam rantau ini, terutama apabila kita memainkan peranan aktif sebagai Pengerusi ASEAN 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bukan sahaja mengangkat imej Malaysia, tetapi juga mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai blok serantau yang semakin dihormati,\u201d katanya kepada media ketika meninjau persiapan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).<\/p>\n\n\n\n<p>Mohamad berkata, Malaysia komited untuk memastikan hubungan baik yang terjalin dengan pelbagai negara terus diperkukuh bukan hanya sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN, tetapi juga selepas tanggungjawab itu diserahkan kepada Filipina pada 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mahu pastikan jalinan kerjasama strategik yang sedia ada bukan bersifat sementara, malah terus dimanfaatkan demi kepentingan bersama,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kuala Lumpur bakal menjadi tumpuan dunia sekali lagi apabila lebih daripada 3,000 delegasi termasuk pemimpin dunia dan pegawai kanan bakal berkumpul di sini dari 26 hingga 28 Okt, di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dengan tema \u201cKeterangkuman dan Kemampanan\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain pemimpin ASEAN, antara pemimpin berprofil tinggi dunia yang dijadual menghadiri sidang kemuncak itu ialah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri China Li Qiang, Presiden Brazil Luiz In\u00e1cio Lula da Silva, Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa, Presiden Kesatuan Eropah Antonio Costa dan Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>INSYALLAH, setakat ini nama Malaysia sentiasa menjadi sebutan dalam mana-mana persidangan, demikian kata Menteri Luar&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2536,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2535","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2535","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2535"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2535\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2537,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2535\/revisions\/2537"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2536"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2535"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2535"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2535"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}