{"id":2547,"date":"2025-10-25T18:43:12","date_gmt":"2025-10-25T10:43:12","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2547"},"modified":"2025-10-25T18:43:16","modified_gmt":"2025-10-25T10:43:16","slug":"polis-larang-apa-juga-himpunan-di-ampang-park-esok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2547","title":{"rendered":"Polis larang apa juga himpunan di Ampang Park esok"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada sebarang perhimpunan boleh diadakan di kawasan Ampang Park, Jalan Ampang esok atas faktor keselamatan, selain bagi menjaga imej negara sempena Sidang Kemuncak Asean ke-47.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata keputusan itu dibuat selepas menilai kawasan berkenaan sebagai tidak sesuai untuk dijadikan lokasi perhimpunan berdasarkan hasil risikan dan analisis bersama agensi keselamatan lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAmpang Park dikategorikan sebagai kawasan zon merah kerana jaraknya kurang 50 meter dari laluan protokol serta kawasan penginapan rasmi delegasi Sidang Kemuncak Asean, termasuk Hotel Intercontinental.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAtas faktor keselamatan, imej negara serta kelancaran persidangan antarabangsa itu, polis tidak akan membenarkan sebarang perhimpunan di kawasan berkenaan,\u201d katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fadil berkata PDRM menerima maklumat terdapat sehingga tiga perhimpunan dijadual diadakan di Ampang Park esok, dengan kehadiran dijangka antara 1,000 hingga 1,500 peserta dari jam 9 pagi hingga 11.30 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Difahamkan, perhimpunan itu dirancang oleh gabungan pertubuhan yang membantah kehadiran Presiden AS, Donald Trump, sempena sidang kemuncak berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fadil berkata polis telah mengadakan perbincangan dengan penganjur dan mencadangkan beberapa lokasi alternatif seperti Dataran Merdeka atau Padang Merbok, namun penganjur tetap berhasrat meneruskan perhimpunan di Ampang Park.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSekiranya perhimpunan tetap diadakan, ia bercanggah dengan arahan keselamatan dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPolis akan mengarahkan peserta bersurai serta mengawal keadaan bagi mengelak sebarang provokasi,\u201d katanya sambil menegaskan PDRM menghormati hak rakyat untuk berhimpun, namun semua pihak perlu mematuhi undang-undang dan arahan keselamatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dia berkata polis akan menggerakkan kekuatan penuh dengan bantuan anggota luar daerah bagi memastikan keselamatan sekitar ibu negara kekal terkawal sepanjang sidang kemuncak berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fadil turut menyeru masyarakat supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelak kesesakan atau gangguan lalu lintas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSidang Kemuncak Asean ke-47 ini membawa imej negara di peringkat antarabangsa. Justeru, menjadi tanggungjawab bersama termasuk masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memastikan kelancaran acara penting ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sidang kemuncak itu serta sidang-sidang kemuncak berkaitan bertemakan Keterangkuman dan Kemampanan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 26 hingga 28 Oktober ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada sebarang perhimpunan boleh diadakan di kawasan Ampang Park, Jalan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2548,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-2547","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2547","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2547"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2547\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2549,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2547\/revisions\/2549"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2548"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2547"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2547"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2547"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}