{"id":2550,"date":"2025-10-25T18:52:25","date_gmt":"2025-10-25T10:52:25","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2550"},"modified":"2025-10-25T18:54:14","modified_gmt":"2025-10-25T10:54:14","slug":"malaysia-brazil-kukuh-dagangan-strategik-pelbagai-sektor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2550","title":{"rendered":"Malaysia-Brazil kukuh dagangan strategik pelbagai sektor"},"content":{"rendered":"\n<p>MALAYSIA dan Brazil bersetuju memperkukuh hubungan strategik merentas pelbagai sektor utama termasuk semikonduktor, teknologi makanan dan pendidikan, sekali gus membuka peluang baharu dalam pertukaran kepakaran serta pelaburan antara kedua-dua negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu akan memperkukuh hubungan dua hala sedia ada serta memperluas jaringan kerjasama dalam bidang yang berpotensi tinggi untuk manfaat bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerbincangan kami hari ini membabitkan pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan dan tenaga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi pihak Malaysia, saya berterima kasih atas sokongan anda (Brazil) terhadap Petronas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami juga bersetuju memperkukuh kerjasama dalam penyelidikan, semikonduktor, teknologi makanan dan pendidikan,\u201d katanya pada sidang media bersama Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva sempena lawatan rasmi tiga hari pemimpin terbabit ke Malaysia, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Lawatan rasmi Presiden Brazil itu juga adalah sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Anwar turut menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama lebih erat dalam bidang latihan diplomatik dan penyelidikan, selain mengukuhkan hubungan kebudayaan antara kedua-dua negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya ingin menegaskan hubungan Malaysia-Brazil bukan sekadar hubungan diplomatik biasa, tetapi dua sahabat yang berkongsi cita-cita dan keyakinan yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMarilah kita pastikan kedua-dua negara dan rantau masing-masing, Amerika Selatan dan ASEAN bekerjasama erat serta menjadi tonggak utama memperkukuh hubungan yang melangkaui perdagangan, pelaburan, politik dan budaya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada Lula di atas komitmennya menangani isu kemanusiaan dan alam sekitar bukan saja di Brazil, malah pada peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pendirian Presiden Brazil itu sentiasa konsisten memperjuangkan nasib rakyat miskin dan golongan tertindas serta pendekatannya dalam dasar luar membabitkan isu kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni menunjukkan iltizam anda terhadap dasar yang mampu menyelamatkan dunia dan masyarakat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalah, dalam siri pertemuan di Rio dan di sini, kami mengagumi ketabahan, tujuan dan keberanian anda dalam mempertahankan prinsip keadilan dan maruah manusia. Nilai ini juga dekat di hati rakyat Malaysia, khususnya dalam isu Gaza,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran lima memorandum persefahaman (MoU), tiga berkaitan industri semikonduktor, satu mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), dan kerjasama antara badan pemikir.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut disaksikan ialah pertukaran Nota Diplomatik antara Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan Instituto Rio Branco, serta Surat Hasrat (Letter of Intent) antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Perbadanan Penyelidikan Pertanian Brazil (EMBRAPA).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MALAYSIA dan Brazil bersetuju memperkukuh hubungan strategik merentas pelbagai sektor utama termasuk semikonduktor, teknologi makanan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2551,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2550","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2550","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2550"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2550\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2552,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2550\/revisions\/2552"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2551"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2550"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2550"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2550"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}