{"id":2599,"date":"2025-10-31T17:44:40","date_gmt":"2025-10-31T09:44:40","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2599"},"modified":"2025-10-31T17:44:42","modified_gmt":"2025-10-31T09:44:42","slug":"wartawan-berhak-tanya-apa-jua-soalan-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2599","title":{"rendered":"Wartawan berhak tanya apa jua soalan: Fahmi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">WARTAWAN berhak mengemukakan apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka selaras dengan prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media dan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil&nbsp;berkata,&nbsp;insiden seorang menteri yang didakwa mengugut seorang wartawan selepas bertanya mengenai penggunaan Bahasa Inggeris bagi tema pelancongan dalam satu acara rasmi, telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya telah berhubung dengan menteri berkaitan mengenai isu ini dan beliau telah memberikan penjelasan. Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, saya telah menyatakan bahawa pendirian kerajaan adalah sangat jelas, iaitu wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka sebagai wartawan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSetiap jawapan ataupun respons yang diberikan oleh menteri perlulah disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan, di samping saling menghormati antara media dan pihak kerajaan,\u201d katanya pada&nbsp;sidang media mingguan di Putrajaya,&nbsp;hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ditanya adakah terdapat arahan kepada menteri bahawa mereka boleh menghubungi organisasi media jika tidak berpuas hati dengan soalan wartawan, Fahmi berkata kerajaan tidak mengeluarkan arahan yang khusus mengenai perkara itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya menyampaikan pandangan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, saya menegaskan bahawa Perdana Menteri sendiri terbuka untuk menerima sebarang soalan dan pendirian kerajaan ialah wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan. Jadi, itu pendirian kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ditanya adakah menteri berkenaan wajar meminta maaf, Fahmi berkata beliau dimaklumkan bahawa menteri berkenaan telah memberi komitmen untuk bertemu dengan pihak pengurusan organisasi media terlibat bagi menjernihkan keadaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPada pandangan saya, kita patut belajar daripada apa yang pernah berlaku dahulu dan saya rasa ada ruang untuk beliau bertemu dengan pihak Utusan Malaysia, untuk menyampaikan pesanan itu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya lihat beliau telah memaklumkan bahawa memang beliau akan bertemu dengan pihak pengurusan untuk cuba menjernihkan keadaan. Jadi, ini telah diberi komitmen oleh menteri berkenaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada 29 Oktober, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilapor mengugut seorang wartawan selepas dia bertanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris bagi tema pelancongan I Lite U yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Susulan itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) semalam mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan menteri berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>WARTAWAN berhak mengemukakan apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka selaras dengan prinsip keterbukaan dan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2511,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2599","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2599","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2599"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2599\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2600,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2599\/revisions\/2600"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2511"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2599"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2599"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2599"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}