{"id":2670,"date":"2025-11-12T11:09:35","date_gmt":"2025-11-12T03:09:35","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2670"},"modified":"2025-11-12T11:09:38","modified_gmt":"2025-11-12T03:09:38","slug":"keputusan-tepat-bn-sabah-akan-pantau-proses-rundingan-hak-40-peratus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2670","title":{"rendered":"Keputusan tepat, BN Sabah akan pantau proses rundingan hak 40 peratus"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">BARISAN Nasional (BN) Sabah menyifatkan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebagai pengiktirafan terhadap prinsip undang-undang bahawa hak 40 peratus hasil Sabah adalah hak perlembagaan yang tidak boleh dirunding atau dilengahkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata keputusan untuk memulakan rundingan serta-merta antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengesahkan bahawa hak tersebut bukan ihsan politik, sebaliknya kewajipan perlembagaan yang telah lama gagal dipenuhi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPeruntukan 40 peratus ini merupakan komitmen perlembagaan yang mengikat, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKelemahan dan penyelewengan proses pentadbiran yang berlaku sejak 1974 bukan sekadar kecacatan teknikal, tetapi mencemar prinsip federalisme yang menjadi asas hubungan antara Sabah dan Persekutuan,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bung Moktar berkata, dalam mana-mana bidang kuasa undang-undang moden, hak perlembagaan tidak boleh ditangguhkan, dikurangkan atau diabaikan tanpa alasan yang kukuh dan berkadar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tegasnya, rundingan yang akan berlangsung selepas ini mesti dilaksanakan dengan telus, berlandaskan data kewangan sebenar dan bebas daripada sebarang manipulasi politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSabah tidak lagi boleh menerima rundingan tanpa hasil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cHak perlembagaan bukan bahan tawar-menawar ia mesti dipenuhi tepat seperti yang diperuntukkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa sama, Bung Moktar berkata, BN Sabah akan memantau setiap peringkat proses rundingan bagi memastikan hak Sabah dikembalikan tanpa sebarang kelewatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTanggungjawab Kerajaan Persekutuan adalah jelas dan tidak boleh dialihkan kembalikan hak Sabah tanpa berlengah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIni bukan gimik politik, ini tuntutan keadilan perlembagaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, BN Sabah kekal berpendirian tegas bahawa 40 peratus hasil negeri merupakan hak mutlak Sabah sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BARISAN Nasional (BN) Sabah menyifatkan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2671,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2670","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2670","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2670"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2670\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2672,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2670\/revisions\/2672"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2671"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2670"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2670"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2670"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}