{"id":2694,"date":"2025-11-16T12:09:03","date_gmt":"2025-11-16T04:09:03","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2694"},"modified":"2025-11-16T12:10:19","modified_gmt":"2025-11-16T04:10:19","slug":"pertembungan-kerusi-bn-ph-capai-kata-sepakat-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2694","title":{"rendered":"Pertembungan kerusi: BN, PH capai kata sepakat – Zahid"},"content":{"rendered":"\n
BARISAN Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mencapai persetujuan bersama berhubung beberapa pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pertindihan kerusi di beberapa kawasan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun kedua-dua gabungan telah sepakat supaya jentera parti bergerak secara berasingan tanpa menjejaskan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

\u201cOleh kerana itu, kerusi-kerusi yang bertindih itu tidak dapat dielakkan lagi.

\u201cMaka persahabatan yang kami telah lakukan ialah supaya jentera di tempat-tempat yang berlakunya pertindihan kerusi bergerak secara berasingan untuk mempromosikan saluran masing-masing, asalkan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif kepada parti-parti berkenaan,\u201d katanya menjawab pertanyaan semasa sidang media selepas Sesi Libat Urus YAB Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Media di sini pada Sabtu.

Zahid berkata, persefahaman itu turut mengambil kira realiti politik Sabah yang mempunyai dinamika tersendiri berbanding Semenanjung.

\u201cUnderstanding ini memang telah kita bincangkan atas political equations yang ada di Sabah ini,\u201d jelasnya.

Mengulas pertembungan di Kemabong dan Karamunting, beliau menegaskan BN tidak melihatnya sebagai isu besar kerana semua pihak sudah bersetuju tentang pendekatan yang dipersetujui di peringkat pusat.

\u201cDi Kemabong calon DAP bertanding, Karamunting calon MCA bertanding dan PKR juga menetapkan calonnya.

\u201cKami tidak ada sebarang masalah dalam perkara itu.

\u201cUnderstanding inilah yang saya maksudkan, kami sepakat di peringkat kepimpinan Kerajaan Perpaduan di pusat,\u201d katanya.

Menurut Zahid, persetujuan itu memastikan kerjasama BN\u2013PH sebagai Kerajaan Perpaduan tetap terpelihara walaupun wujud pertembungan taktikal di beberapa kerusi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
BARISAN Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mencapai persetujuan bersama berhubung beberapa pertembungan kerusi pada Pilihan…<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2695,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2694","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2694","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2694"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2694\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2696,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2694\/revisions\/2696"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2695"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2694"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2694"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2694"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}