{"id":2708,"date":"2025-11-17T16:06:56","date_gmt":"2025-11-17T08:06:56","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2708"},"modified":"2025-11-17T16:06:59","modified_gmt":"2025-11-17T08:06:59","slug":"calon-ph-tarik-diri-tanding-dun-silam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2708","title":{"rendered":"Calon PH tarik diri tanding DUN Silam"},"content":{"rendered":"\n<p>CALON Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan, menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Halim berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan pimpinan tertinggi PH.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya ingin menekankan bahawa ini adalah keputusan peribadi yang dibuat tanpa sebarang tekanan atau rundingan dengan pihak luar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeputusan ini dicapai selepas pertimbangan matang untuk mengekalkan hubungan baik dan keharmonian dengan parti rakan lain,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau adalah antara 12 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding pada PRN Sabah ke-17.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Halim berkata, beliau percaya bahawa perpaduan dan kerjasama antara PH dan parti lain lebih penting untuk masa depan politik negeri Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun tidak lagi bertanding, beliau menegaskan komitmennya terhadap masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tetap komited dan akan terus bekerja untuk memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat di Silam khususnya, dan Lahad Datu amnya, sentiasa terpelihara dan dijunjung.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerjuangan untuk rakyat tidak pernah berhenti, dan saya akan terus menyumbang dalam apa juga kapasiti yang boleh bagi membangunkan kawasan ini serta memastikan suara rakyat terus didengar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerusi DUN Silam sebelum ini disandang oleh Dumi Pg Masdal daripada Parti Warisan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, DUN Silam menyaksikan saingan sembilan penjuru untuk meraih sokongan daripada 28,261 pengundi.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, dengan penarikan diri Abdul Halim, saingan DUN Silam kini lapan penjuru. Bagaimanapun, dipercayai nama Abdul Halim akan tetap tertera pada kertas undi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapa Sakmud, mengesahkan bahawa calon parti itu bagi kerusi Silam telah menarik diri daripada saingan di DUN Silam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeputusan Abdul Halim menarik diri adalah peribadi dan dibuat tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak luar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun tidak bertanding, Abdul Halim telah menyatakan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada rakyat di Silam dan Lahad Datu dalam apa jua kapasiti yang mampu beliau sumbangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPKR Sabah menghargai iltizam beliau yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat dan Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>CALON Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2709,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-2708","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2708","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2708"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2708\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2710,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2708\/revisions\/2710"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2709"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2708"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2708"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2708"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}