{"id":2727,"date":"2025-11-19T09:07:54","date_gmt":"2025-11-19T01:07:54","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2727"},"modified":"2025-11-19T09:09:48","modified_gmt":"2025-11-19T01:09:48","slug":"2727","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2727","title":{"rendered":"Kita akan jumpa kepimpinan MIC selepas PRN &#8211; Tok Mat"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">BARISAN Nasional (BN)&nbsp;menunggu gelora reda bagi mengadakan perbincangan dengan MIC berhubung keputusan parti itu untuk meninggalkan gabungan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbincangan bersama kepimpinan tertinggi MIC itu akan diadakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)&nbsp;Sabah ke-17.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita akan jumpa\u2026 saya sendiri akan berusaha untuk berjumpa dengan kepimpinan tertinggi MIC agar kita dapat menyelesaikan segala kekusutan,\u201d katanya seperti dipetik Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau&nbsp;berkata demikian selepas bertemu jentera BN di Pusat Daerah Mengundi Binsulok bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut pada semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohamad berkata, beliau yakin MIC akan membuat pertimbangan terbaik berdasarkan hubungan akrab yang terjalin sejak sekian lama iaitu sebelum negara mencapai kemerdekaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya yakin kepimpinan tertinggi MIC akan memikirkan sebaik mungkin dan sedalam-dalamnya kerana MIC merupakan parti yang bersama-sama dengan UMNO dan juga MCA semasa kita memerdekakan tanah air,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohamad menambah, persahabatan dan kerjasama politik yang telah lama terjalin seharusnya tidak dibiarkan terjejas hanya kerana perbezaan pandangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJadi, jika ada apa-apa salah faham atau perkara yang perlu dijelaskan\u2026 elok kita bawa berunding supaya persahabatan yang telah lama terbina ini tidak terputus begitu saja,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kontroversi mengenai masa depan MIC dalam BN timbul selepas para perwakilan pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 di Shah Alam baru-baru ini sebulat suara menyokong resolusi untuk meninggalkan gabungan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Meskipun perwakilan menyokong usul keluar&nbsp;namun menurut laporan,&nbsp;keputusan muktamad mengenai masa dan hala tuju kerjasama parti itu akan dibuat oleh Presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat MIC.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BARISAN Nasional (BN)&nbsp;menunggu gelora reda bagi mengadakan perbincangan dengan MIC berhubung keputusan parti itu untuk&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2728,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2727","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2727","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2727"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2727\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2730,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2727\/revisions\/2730"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2728"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2727"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2727"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2727"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}