{"id":2782,"date":"2025-11-27T11:29:59","date_gmt":"2025-11-27T03:29:59","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2782"},"modified":"2025-11-27T11:30:01","modified_gmt":"2025-11-27T03:30:01","slug":"siapa-di-belakang-albert-tei","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2782","title":{"rendered":"Siapa di belakang Albert Tei?"},"content":{"rendered":"\n<p>TUN&nbsp;Dr Mahathir Mohamad didakwa merupakan individu \u2018di belakang\u2019 ahli perniagaan Datuk Albert Tei berikutan&nbsp;pendedahan skandal terbaru yang mengaitkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.<\/p>\n\n\n\n<p>Dakwaan itu didedahkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang berkata, bekas Perdana Menteri dua kali itu sebagai dalang di sebalik pendedahan Tei.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, pendedahan terbaru Tei yang disiarkan di sebuah portal berita dibuat sehari selepas ahli perniagaan itu bertemu Dr Mahathir.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSiapa di belakang Albert Tei? Biar gambar berbicara,\u201d tulis Lokman di Facebooknya sambil memuatnaik gambar Dr Mahathir dan Tei.<\/p>\n\n\n\n<p>Lokman turut memuatnaik tangkap layar komen yang ditinggalkannya di bahagian komen media sosial berhubung video pendedahan Tei yang mengaitkan isu berkenaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Shamsul mengumumkan peletakan jawatan sebagai setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri susulan kontroversi dikaitkan dengannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu hantaran di X, beliau memaklumkan surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada Anwar pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih Perdana Menteri di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,\u201d katanya di X.<\/p>\n\n\n\n<p>Shamsul sebelum ini terpalit kontroversi berhubung surat sokongan bagi kontraktor dalam sebuah projek hospital.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa minit selepas Shamsul mengumumkan peletakan jawatan, sebuah portal berita menyiarkan pendedahan seorang ahli pernigaan berhubung salah laku pegawai kanan Anwar itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUN&nbsp;Dr Mahathir Mohamad didakwa merupakan individu \u2018di belakang\u2019 ahli perniagaan Datuk Albert Tei berikutan&nbsp;pendedahan skandal&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2783,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-2782","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2782","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2782"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2782\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2784,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2782\/revisions\/2784"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2783"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2782"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2782"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2782"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}