{"id":2798,"date":"2025-11-28T10:58:52","date_gmt":"2025-11-28T02:58:52","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2798"},"modified":"2025-11-28T10:58:53","modified_gmt":"2025-11-28T02:58:53","slug":"prn-sabah-pilih-calon-bn-yang-terbukti-setia-berprinsip","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2798","title":{"rendered":"PRN Sabah: Pilih calon BN yang terbukti setia, berprinsip"},"content":{"rendered":"\n<p>RAKYAT Sabah diseru memilih calon Barisan Nasional (BN) yang sudah terbukti setia dan berprinsip pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan, BN telah menampilkan calon-calon yang boleh memimpin negeri itu sekali gus memberi jaminan mereka tidak akan mengecewakan rakyat Sabah dengan melakukan tindakan melompat parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, BN telah melalui proses tapisan yang ketat bagi memastikan hanya calon yang tulen, berjiwa perjuangan, dan sayang kepada parti diberi mandat untuk bertanding.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang ada sekarang ialah calon yang&nbsp;<em>genuine<\/em>, yang original, yang sayang pada perjuangan BN. Walau ditekan dari mana sekalipun, mereka tidak akan lari,\u201d katanya ketika berucap di program bersama jentera BN di DUN Lamag, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut serta calon BN Dun lamag yang juga Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Rosdy seterusnya mengingatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan pelbagai sentimen serta persepsi yang dimainkan pihak tertentu menjelang saat akhir pengundian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita jangan terpengaruh dengan parti-parti lain yang hanya memainkan persepsi, sentimen, isu, dan fitnah. Itu kerja dia. Mereka akan buat apa saja untuk memastikan Datuk Bung.&nbsp; Tetapi saya sangat yakin, optimis, insya-Allah, Datuk Bung akan menang dengan kerja kuat dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan,\u201d katanya yang juga Menteri Besar Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Rosdy seterusnya menzahirkan penghargaan terhadap semangat juang Datuk Seri Bung yang terus bangkit memperkukuh UMNO dan BN walaupun selepas kehilangan kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBukan mudah untuk membangkitkan semula sebuah parti selepas kalah. Tetapi atas kebijaksanaan dan semangat pahlawan Datuk Seri Bung Moktar, UMNO dan BN di Sabah kembali gagah berdiri,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RAKYAT Sabah diseru memilih calon Barisan Nasional (BN) yang sudah terbukti setia dan berprinsip pada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2799,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-2798","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2798","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2798"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2798\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2800,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2798\/revisions\/2800"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2799"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2798"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2798"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2798"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}