{"id":2854,"date":"2025-12-08T10:41:27","date_gmt":"2025-12-08T02:41:27","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2854"},"modified":"2025-12-08T10:41:29","modified_gmt":"2025-12-08T02:41:29","slug":"pm-tidak-pernah-bezakan-kawasan-mengikut-geografi-politik-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2854","title":{"rendered":"PM tidak pernah bezakan kawasan mengikut geografi politik &#8211; Zahid"},"content":{"rendered":"\n<p>KERAJAAN Madani sentiasa mengamalkan pendekatan tanpa membezakan kecenderungan politik dalam pelaksanaan dasar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah,&nbsp;beliau berkata,&nbsp;Perdana Menteri&nbsp;Datuk Seri&nbsp;Anwar Ibrahim sendiri tidak pernah membezakan kawasan mengikut geografi politik dalam pelaksanaan dasar, termasuk pembangunan wilayah serta agihan peruntukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan Madani tidak pernah melihat perbezaan politik sebagai asas untuk membalas dendam, tidak pernah,\u201d katanya sebagai ahli panel pada forum bertajuk \u201cKerajaan Madani- Retrospektif dan Memeta Perjalanan ke Hadapan\u201d di Bukit Jalil, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Forum itu antara pengisian Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) yang diadakan sempena program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata ia terbukti apabila negeri-negeri pembangkang juga menerima peruntukan besar melalui pelbagai lembaga kemajuan wilayah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita lihat mana mungkin Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis mendapat peruntukan melebihi negeri-negeri yang dari asalnya mendukung Anwar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Zahid yang juga presiden UMNO berkata parti akan terus mendukung kerajaan Madani bagi memastikan kestabilan politik dan kelangsungan agenda reformasi nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInsya-Allah saya menyerahkan diri saya dan parti saya untuk mendukung Kerajaan Madani hingga akhir penggal,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada forum berkenaan, Zahid menggariskan pelbagai pembaharuan yang dilaksanakan dalam kerajaan bagi memperkukuh transformasi perkhidmatan awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata antaranya ialah kementerian dan agensi diubah kepada pusat keuntungan berbanding pusat kos, manakala pendekatan lintas fungsi dilaksanakan untuk memecah silo birokrasi dan meningkatkan keberkesanan serta impak dasar kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Zahid turut mengetengahkan pencapaian penting dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan, khususnya melalui ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memilih TVET meningkat daripada 57.4 peratus pada masa kini, dengan sasaran mencapai 70 peratus menjelang akhir RMK-13,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program Rancakkan Madani selama tiga hari yang bermula Jumaat menawarkan lebih 300 titik sentuhan perkhidmatan awam, karnival kerjaya, pameran interaktif, hiburan keluarga dan promosi khas untuk pengunjung.<\/p>\n\n\n\n<p>Program Rancakkan Madani merupakan kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI (PSBKM) dan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang telah menjadi tradisi pelaporan tahunan Kerajaan Madani secara terus kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 itu menghimpunkan pakar dasar dari sektor awam dan penggiat industri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN Madani sentiasa mengamalkan pendekatan tanpa membezakan kecenderungan politik dalam pelaksanaan dasar, kata Timbalan Perdana&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2855,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2854","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2854","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2854"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2854\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2856,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2854\/revisions\/2856"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2855"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2854"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2854"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2854"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}