{"id":2884,"date":"2025-12-12T22:24:02","date_gmt":"2025-12-12T14:24:02","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2884"},"modified":"2025-12-12T22:24:07","modified_gmt":"2025-12-12T14:24:07","slug":"uec-anwar-tidak-akan-tunduk-desakan-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2884","title":{"rendered":"UEC: Anwar tidak akan tunduk desakan DAP"},"content":{"rendered":"\n<p>PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan yang beliau tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP supaya kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar turut membidas tuntutan DAP itu yang hanya menjurus kepada satu kaum dan satu bahasa sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, beliau tidak akan bersetuju mahupun melayan tuntutan yang melanggar prinsip kerajaan dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tak peduli siapa dia, parti mana, pengaruh mana. Kalau saya mahu didukung sebagai Perdana Menteri, saya mesti pertahankan prinsip perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang berbeza? Perbezaannya ialah tuntutan itu, tuntutan yang menjurus kepada satu kaum dan satu bahasa. Itu saya tidak setuju sama sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBawa dulu mesej pertahankan martabat bahasa kebangsaan. Kemudian rangkul sekali keperluan penguasaan bahasa lain. Itu kita boleh terima,\u201d katanya kepada media di Langkawi, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang berkata parti itu akan berjumpa dengan Perdana Menteri bagi meminta kerajaan mengiktiraf UEC.<\/p>\n\n\n\n<p>Kor Ming juga mengulang pendirian DAP dalam usaha tersebut dan meminta masyarakat Cina supaya bersabar dan jangan khuatir.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelmarin, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh merayu Perdana Menteri supaya tidak mengiktiraf UEC seperti mana tuntutan pemimpin DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKepada PMX saya rayulah sangat-sangat janganlah kita mengiktiraf UEC ini, kerana apa? Selagi mana UEC ini tidak menepati dasar pendidikan negara selagi itu lah kita tak boleh iktiraf UEC,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan yang beliau tidak akan tunduk kepada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2885,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2884","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2884","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2884"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2884\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2886,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2884\/revisions\/2886"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2885"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2884"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2884"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2884"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}