{"id":2914,"date":"2025-12-20T12:16:05","date_gmt":"2025-12-20T04:16:05","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2914"},"modified":"2025-12-20T12:16:11","modified_gmt":"2025-12-20T04:16:11","slug":"ambil-tindakan-tegas-individu-dera-pukul-pelajar-tahfiz-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2914","title":{"rendered":"Ambil tindakan tegas individu dera, pukul pelajar tahfiz &#8211; Zahid"},"content":{"rendered":"\n<p>PIHAK&nbsp;berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap individu yang didapati mendera dan mencederakan pelajar tahfiz, gesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Perdana Menteri&nbsp;itu&nbsp;berkata, beliau memandang serius kejadian itu dan mahukan tindakan diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada bagi mencegah kejadian seperti berulang kembali.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegasnya,&nbsp;sebarang bentuk kekerasan, penderaan atau layanan yang mencabul maruah kanak-kanak adalah tidak boleh diterima sama sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya memandang serius dan melahirkan kekesalan yang mendalam terhadap insiden-insiden yang tular baru-baru ini melibatkan keganasan terhadap pelajar institusi pendidikan agama, termasuk kejadian di Sabah serta rakaman penderaan fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerbuatan sedemikian bukan sahaja mencederakan mangsa, malah mencemar nama baik pendidikan Islam dan institusi tahfiz yang selama ini menjadi benteng pembentukan sahsiah ummah,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini tular video&nbsp;seorang tenaga pengajar sebuah pusat tahfiz didakwa memukul pelajarnya menggunakan topi keledar.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala dalam kejadian berasingan, seorang pelajar menggelupur kesakitan akibat dirotan bertalu-talu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Ahmad Zahid&nbsp;berkata,&nbsp;insiden tersebut tidak mewakili keseluruhan ekosistem pendidikan tahfiz di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mempertahan institusi tahfiz secara keseluruhannya yang mana guru dan para asatizahnya telah melaksanakan amanah mendidik para pelajar dengan penuh dedikasi, hikmah dan tanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi memperkukuh perlindungan pelajar serta tadbir urus institusi tahfiz secara menyeluruh, kerajaan sedang mempergiat usaha ke arah pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 yang dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDasar ini akan memberi tumpuan antaranya kepada penguatkuasaan pematuhan undang-undang; pemantapan kurikulum dan model Pendidikan Tahfiz Kebangsaan, pemerkasaan modal insan dan tadbir urus institusi, peluasan laluan pendidikan serta kebolehpasaran huffaz,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PIHAK&nbsp;berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap individu yang didapati mendera dan mencederakan pelajar tahfiz, gesa Datuk&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2915,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-2914","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2914","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2914"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2914\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2916,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2914\/revisions\/2916"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2915"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2914"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2914"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2914"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}