{"id":2940,"date":"2025-12-23T10:27:48","date_gmt":"2025-12-23T02:27:48","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2940"},"modified":"2025-12-23T10:27:49","modified_gmt":"2025-12-23T02:27:49","slug":"hormati-penghakiman-kedaulatan-undang-undang-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2940","title":{"rendered":"Hormati penghakiman, kedaulatan undang-undang &#8211; PM"},"content":{"rendered":"\n<p>KERAJAAN MADANI menegaskan komitmen berterusan terhadap prinsip kedaulatan undang-undang dan pengasingan kuasa, susulan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu Titah Adendum yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebebasan badan kehakiman merupakan asas penting dalam sistem demokrasi negara dan tidak wajar dipengaruhi oleh mana-mana pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAtas prinsip inilah saya menghormati keputusan yang dibuat hakim,\u201d katanya dalam kenyataan pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, beliau menegaskan bahawa selaras dengan prinsip negara hukum, semua pihak perlu menerima dan menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Datuk Seri Najib bagi melaksanakan Titah Adendum dengan tujuan menjalani baki hukuman penjara melalui kaedah tahanan rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas mendapati isu berkaitan pelaksanaan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahkamah turut memutuskan bahawa Titah Adendum yang didakwa itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan bagi tujuan menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam permohonan semakan kehakiman berkenaan, Najib memohon satu perintah mandamus bagi mengarahkan kerajaan melaksanakan titah tersebut dengan serta-merta, termasuk memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya untuk meneruskan hukuman penjara di bawah tahanan rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>Permohonan bagi pelaksanaan tahanan rumah itu dikemukakan pada 2024, susulan tindakan semakan kehakiman yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia dibuat selepas Lembaga Pengampunan mengumumkan pengurangan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun dalam kes SRC International, selain pengurangan jumlah denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam afidavit sokongannya, Najib mendakwa kewujudan satu titah tambahan yang didakwa membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, selain titah diraja utama yang memperuntukkan pengurangan hukuman.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN MADANI menegaskan komitmen berterusan terhadap prinsip kedaulatan undang-undang dan pengasingan kuasa, susulan keputusan Mahkamah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2941,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2940","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2940","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2940"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2940\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2942,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2940\/revisions\/2942"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2941"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2940"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2940"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2940"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}