{"id":2971,"date":"2025-12-30T12:10:54","date_gmt":"2025-12-30T04:10:54","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2971"},"modified":"2025-12-30T12:10:56","modified_gmt":"2025-12-30T04:10:56","slug":"pengunduran-muhyiddin-bukti-pn-di-ambang-pembubaran-puad-zarkashi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2971","title":{"rendered":"Pengunduran Muhyiddin bukti PN di ambang pembubaran \u2013 Puad Zarkashi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PELETAKAN jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai petanda jelas bahawa gabungan itu berada di ambang pembubaran dan tidak lagi relevan dalam landskap politik semasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, langkah berkenaan membuka ruang terbaik untuk menamatkan kewujudan PN yang disifatkannya sebagai sebuah gabungan gagal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMuhyiddin letak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional. Maka elok bubar sahaja PN. Ini peluang terbaik untuk tamatkan gabungan yang gagal dan tidak lagi relevan,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, Pas juga tidak perlu memikirkan calon baharu untuk mengambil alih kepimpinan PN, sebaliknya wajar mencari jajaran politik baharu yang lebih sesuai dengan realiti semasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTidak perlulah Pas fikir siapa calon sesuai untuk ambil alih. Lebih baik Pas cari jajaran baru,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut mengkritik budaya politik dalam PN yang disifatkan sebagai sarat dengan pengkhianatan, termasuk amalan \u2018tebuk atap\u2019 dan \u2018tikam belakang\u2019, yang menurutnya mencapai kemuncak kegagalan di Perlis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTebuk atap dan tikam belakang seperti di Perlis adalah kemuncak kegagalan PN. Nama pun dah busuk. Sebab itu &#8216;total loss&#8217; di Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Puad berkata, pengunduran Muhyiddin juga membawa maksud bekas Perdana Menteri itu sedar beliau tidak lagi mendapat kerjasama dan kepercayaan daripada Pas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cLetak jawatan bermakna Muhyiddin tahu dia tidak akan dapat kerjasama dan kepercayaan daripada Pas. Dia juga tahu Pas akan meninggalkan Bersatu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, beliau membangkitkan persoalan mengenai hala tuju seterusnya Pas selepas ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTapi siapakah teman jajaran baru Pas?\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Puad menegaskan, selagi PN terus dibelenggu konflik dalaman dan gagal membina kepercayaan antara parti komponennya, gabungan itu tidak mempunyai masa depan dalam politik negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PELETAKAN jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai petanda jelas&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2972,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2971","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2971","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2971"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2971\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2973,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2971\/revisions\/2973"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2972"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2971"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2971"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2971"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}