{"id":2979,"date":"2026-01-04T11:47:34","date_gmt":"2026-01-04T03:47:34","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2979"},"modified":"2026-01-04T11:47:35","modified_gmt":"2026-01-04T03:47:35","slug":"kerajaan-perpaduan-perlu-bergerak-secara-waras-bijaksana-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=2979","title":{"rendered":"Kerajaan Perpaduan perlu bergerak secara waras, bijaksana- Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KERAJAAN Perpaduan perlu bergerak secara waras dan bijaksana dalam melaksanakan perubahan, selaras dengan realiti mandat sebenar yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri menegaskan, walaupun kerajaan kini diberi kepercayaan mentadbir negara, hakikatnya kekuatan kerusi Parlimen tidak mutlak dan memerlukan kefahaman serta rundingan berterusan antara semua parti komponen dalam kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita dapat mandat jadi kerajaan, tetapi kita kena ingat, kita bukan menguasai 200 kerusi Parlimen. Perubahan mesti dilakukan, tetapi mesti waras dan bijaksana,\u201d katanya ketika berucap pada Program Hari Keluarga &amp; Rapat Reformasi 2026 di Bukit Beruntung Golf Resort, Rawang, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambah beliau, perjuangan reformasi tetap menjadi asas utama pentadbiran kerajaan termasuk menolak rasuah, penyelewengan dan budaya angkuh dalam kalangan pemegang kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cGuna kuasa dengan bijaksana. Masa ada kuasa, buat sebaik mungkin. Jangan jadi macam orang yang bila berkuasa tidak buat apa-apa, bila tiada kuasa, beleter setiap hari,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut mengakui bahawa usaha membanteras rasuah dan memulihkan kebebasan institusi seperti badan kehakiman bukanlah sesuatu yang mudah kerana akan mendapat tentangan daripada pihak yang selesa dengan sistem lama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cOrang yang biasa dengan rasuah tidak akan senang dengan kita. Orang yang pernah mencabul kebebasan kehakiman juga tidak akan gembira dengan keputusan yang bebas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menyentuh isu perpaduan kaum, Anwar berkata pendekatan sempit berasaskan kaum atau kepentingan kelompok tertentu perlu dihentikan demi kestabilan negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSemua kaum perlu melihat isu dalam rangka besar Malaysia. Kalau tidak, negara ini tidak akan selamat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN Perpaduan perlu bergerak secara waras dan bijaksana dalam melaksanakan perubahan, selaras dengan realiti mandat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2980,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-2979","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2979","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2979"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2979\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2981,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2979\/revisions\/2981"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2980"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2979"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2979"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2979"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}