{"id":3010,"date":"2026-01-06T13:23:09","date_gmt":"2026-01-06T05:23:09","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3010"},"modified":"2026-01-06T13:23:10","modified_gmt":"2026-01-06T05:23:10","slug":"anjur-konvensyen-pemuda-akmal-langgar-syarat-ditetapkan-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3010","title":{"rendered":"Anjur Konvensyen Pemuda: Akmal langgar syarat ditetapkan parti?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DUA syarat dikenakan oleh UMNO kepada Datuk Dr Akmal Saleh untuk menganjurkan Konvensyen Pemuda UMNO pada Sabtu lalu, kata seorang pemimpin parti itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Enggan namanya didedahkan, beliau berkata,&nbsp;syarat pertama ialah untuk tidak membincangkan soal penarikan diri daripada Kerajaan Perpaduan&nbsp;manakala syarat kedua pula adalah agar tiada sebarang kritikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sumber itu memetik laporan&nbsp;FMT menjelaskan,&nbsp;hanya berdasarkan jaminan itu &nbsp;Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju untuk membenarkan program itu diadakan..<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut sumber itu,&nbsp;perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Akmal dalam konvensyen&nbsp;Pemuda UMNO&nbsp;seperti UMNO keluar daripada kerajaan, bekerjasama semula dengan PAS atau menukar haluan politik, tidak pernah dibincangkan dengan Zahid.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBeliau (Zahid) tidak menyokong, meluluskan atau bahkan mempertimbangkan idea-idea tersebut,\u201d kata sumber itu, sambil menambah bahawa Zahid juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau petunjuk kepada sayap Pemuda untuk membahaskan isu keluar dari kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika merasmikan konvensyen tersebut, Akmal mendakwa bahawa perhimpunan itu telah diluluskan oleh Zahid. Beliau juga mendakwa Zahid memberitahunya bahawa beliau akan menyokong desakan akar umbi untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akmal berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan bahawa beliau tidak mendapat restu Zahid untuk menganjurkan konvensyen tersebut, dan kononnya tindakannya bercanggah dengan kepimpinan parti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya nak jelaskan, &nbsp;Zahid adalah orang pertama yang bersetuju dengan konvensyen ini. Saya beritahu beliau, kalau kita \u2018tarik brek tangan\u2019 dan keluar dari kerajaan hari ini, beliau yang akan jadi sasaran utama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTapi Zahid kata, kalau itu kehendak akar umbi, beliau sedia berjuang habis-habisan,\u201d&nbsp;kata Akmal ketika berucap pada konvensyen itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DUA syarat dikenakan oleh UMNO kepada Datuk Dr Akmal Saleh untuk menganjurkan Konvensyen Pemuda UMNO&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3011,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3010","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3010","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3010"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3010\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3012,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3010\/revisions\/3012"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3011"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3010"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3010"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3010"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}